Thursday 19 March 2015

4 tahun sudah

-image google-

Alhamdulillah, 12-3-2015, 4 tahun menjadi seorang isteri.

Tahun pertama; hidup berjauhan :D

Tahun kedua; Pertama kali hidup sebumbung, memulakan tugas-tugas seorang isteri dalam masa yang sama seorang pelajar. Hampir setiap hari 'berperang'. Saling mempertahankan ego sendiri. :P

Tahun ketiga; Semakin memahami perangai antara satu sama lain. Semakin main dalam mengawal 'temper' masing-masing :)

Tahun keempat: Semakin jarang berperang, isteri semakin mudah mengalah dan suami semakin rajin memujuk. :))

Tahun kelima; Moga vila cinta di dunia semakin diterangi nur :)

..........

Setiap perkara perlu langkah berbeza. Ada yang perlu 'baby step', dan ada bahagian yang perlu 'big step'.
Yang penting, sentiasa belajar unutk berubah, untuk perbaiki yang salah, unutk terus yakiin pada yang betul.
Belajar dari kesilapan, dari pengalaman. Bukan sombong pada ketentuan. Apa yang dirancang manusia, tidak akan mampu melawan rancangan Yang Maha Kuasa.


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka istiqomah pada pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.” (QS. Fushilat: 30)


 :)

Thursday 25 September 2014

Society Pressure

Assalamualaikum wbt..

13/9/2014~22/9/2014. Pulang bercuti di Malaysia sebentar.

Benda biasa berlaku bila pulang bercuti;-

" dah ada baby?"
"berapa lama dah kawin, belum lekat2 lagi?"

....dan yang paling worst;-

"dah dekat 4tahun kawin, tapi xlekat lagi, memang xde dah la. entah2 xde baka (keturunan)"

Ramai rupanya bertindak jadi tuhan.
Ramai rupanya lupa rezeki itu milik Sang Pencipta.
Ramai rupanya mulut tiada insurans.


= Society Pressure, bak kata usrahmate.


Manusia itu, kurus ke gemuk ke, tinggi ke rendah ke, putih ke gelap ke, semuanya ada hati dan perasaan.


Jaga mulut, jaga kata, jaga hati.

Anda mampu mengubahnya.

Thursday 11 September 2014

2014

Assalamualaikum wbt..

Sudah berapa tahun dari last post?huhu..

Sudah 2014, dah alhamdulillah sudah grad master in engineering. Sekarang sedang menyambung pengajian PhD, di univerisiti berhampiran tempat kerja suami.

Usia perkahwinan sudah hampair mengjangkau 4 tahun, namun masih belum dikurnia rezeki cahaya mata. Alhamdulillah, rezeki dalam bentuk lain tu banyak;))

Hampir setahun yang lepas, alhamdulillah disahkan hamil, tapi bukan rezeki. Sedangkan nasi yang sedang dikunyah pun belum tentu sampai ke perut kan.

Minggu ke-9, doktor sahkan no fetal heartbeat. Minggu ke 10 balik malaysia, dan warded di hospital di Kelantan. Minggu ke-12, (11.12.13 cantik tarikh ;)), baby dikeluarkan dengan sekali induce.

Sayang anakku, moga adik-adikmu akan menyusul, menerangi mahligai ibu dan abi..

Kadang-kadang, kita lupa Allah menyediakan plan yang terbaik untuk kita, dan usaha kita untuk mencari semua itu. Bila masanya tiba, pasti Allah akan makbulkan doa kita kan.

Sebaggai manusia biasa, memang tak mampu nak nafikan rasa kecewa, tapi bagaimana kita handle rasa tu...?

I believe in Allah.


Wednesday 15 February 2012

Allahuakbar..bantulah Syria

Allahuakbar..
Betapa kerdilnya aku sebagai hamba Mu,
Sering mengeluh kesah,
Sering cepat mengalah,
Pada ujian yang tidak seberapa.

Allahuakbar..
Izinkan aku,
untuk terus merasa nikmat susah senang ini,
dengan penuh rasa takwa pada Mu Ya Rabbi..

Allahukabar..
Turunkan bantuan pada saudaraku di Syria sana..
Hancurkan pengkhianat manusia,
Hancurkan mereka pengikut syaitan,
Doa pengharapan hanya pada Mu,
Bantulah mereka ya Rabbi..




Wednesday 8 February 2012

Duhai adikku..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Buat adikku, hidup kita ini hanyalah sebuah perjalanan. Bermulanya Dia mencipta ruh, bermulalah perjalanan kita. Destinasi kita?...sudah pasti adikku mengetahuinya.
Alangkah bosannya perjalanan kita andai kosong, tanpa corak yang mewarna. Bosan bukan andai dari destinasi A, hingga ke destinasi B, hanya putih kosong tanpa sebarang coretan lukisan yang menghiasi perjalanan itu.

Adikku,
Allah merangka perjalanan kita dengan pelbagai lukisan-lukisan warna. Sudah pasti ada yang kita akan gemari, dan akan ada yang kita tidak sukai. Tapi ketahuilah adikku, semua yang ditulis, semua yang dirangka pasti ada cerita disebaliknya. Cerita yang akan memandu kita meneruskan perjalanan itu.

Adikku,
Andai ada yang tidak kita gemari, yang tidak kita sukai, namun Allah tetap menghadirkan itu dalam hidup kita, ketahuilah adikku, itulah cara Allah mendidik kita menjadi hamba-Nya agar kita bisa berada dalam keindahan syurga-Nya kelak.

Adikku,
Andai duri yang sedang kau lalui sekarang, tempuhi jalan itu. Percayalah, jalan berduri itu pasti ada penghujungnya. Jangan adikku,jangan sesekali kau menyasar dari jalan redha-Nya. Jangan sesekali kau hilang kompas tujuanmu, hanya kerana tidak kuat untuk menempuh duri-duri itu.

Adikku,
Ketahuilah, kau tidak keseorangan. Kami juga ingin bersama. Bersamamu,memimpin tanganmu, agar kita bisa beradu di mahligai syurga Ilahi yang abadi. Jangan sedih, jangan lemah.. Allah jua bersamamu duhai adikku sayang..

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman." 
(Al-Imran;139)


Ikhlas dariku untukmu..

Tuesday 7 February 2012

kunci

Ada hati yang keras, tapi masih bisa menjadi lembut.
Ada hati yang garang, tapi masih bisa menjadi jinak.
Ada hat yang lemah, tapi masih bisa menjadi kuat.

Andai hati itu dikunci, siapa yang bisa membukanya?
Jangan biar Allah mengunci hati. Buka mata hati, jangan sombong pada teguran,
jangan main2kan ayat Allah.
Menyesal di dunia masih bisa berpatah balik,
Menyesal di akhirat?Kamu tahu jawapannya!

Thursday 2 February 2012

sudah matang?

Allahuakbar..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Ada perkara bisa buat kita menitiskan airmata. Ada perkara bisa buat kita merah muka kerana malu. Ada perkara yang bisa buat kita panas menahan marah. Ada perkara yang bisa buat kita tersenyum riang.

Apa juga sebab setiap keadaan perkara, pasti ada yang Allah ingin ajarkan, pasti ada yang Allah ingin tunjukkan.
Mungkin bagaimana cara kita menghandle setiap perkara tu, cara didikan untuk mematangkan kita.

Pengalaman bisa mematangkan fikiran bukan?;)

Kematangan bukan diukur dari usia, bukan dari saiz tubuh badan, tapi dari cara kita berfikir dalam pelbagai situasi yang berbeza. Dan kadangkala pentingnya kita memiliki 'sixth sense'.

Adakah kita sudah matang? You know better!;)