Monday 6 December 2010

Sampai hati

Hati..
Mengapa kian lemah
Mengapa kian mengundur
Masa berlalu
Namun mengapa kau begini

Hati...
Mana hilangnya semangatmu
Perjuanganmu belum selesai
Belum masanya kau mengalah
Belum tiba realitinya
Dulu
Mimpimu cukup tinggi
Cita-citamu cukup beerti
Kau tak mudah mengalah
Walau sering dicoba
Walau sering diduga
Kini
Kau hilang
Kadangkala tanpa dikesan
Mengapa?Mengapa?

Bangkitlah wahai hati
Bangkitlah bersama mereka
Kerna mereka juga punya cita-cita
Mereka juga punya mimpi-mimpi
Sama sepertimu
Teguhlah bersama mereka
Eratkan peganganmu pada mereka
Jangan sesekali kau berpaling
Jangan sesekali kau menghindar
Mereka sentiasa dekat denganmu

Dan hati..
DIA sentiasa bersamamu
Mendengar rayuanmu
Melihat titis airmatamu
Memegang mu..
Mohonlah agar DIA sentiasa memilihmu
Kerna, tanpaNYA, kau bisa kerugian
Namun DIA, tidak akan apa2 walau kau tiada..

:::Ya Allah, janganlah Kau palingkanku setelah KAU beri aku petunjuk:::

Monday 25 October 2010

PALESTIN itu KITA

Bismillahirrahmanirrahim..
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.
(Riwayat Bukhari)
***
KERANAMU PALESTINA diari sebuah perjalanan Poster1

Menyelusuri memori perjalanan berdarah para pejuang yang tak gentar seribu gertakan,
Menyelami coretan suka duka pelayaran membawa seribu harapan,
Dalam hujan peluru dan kepungan rejim zionis angkuh menafikan satu perjuangan.
Buat julung kalinya Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) Jepun bersama  Aqsa Syarif membawa anda secara terus menyelami dan menghayati detik-detik pelayaran Mavi Marmara bersama Pengerusi pertubuhan pembelaan Palestin Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yusuf.
Beliau merupakan salah seorang daripada puluhan aktivis-aktivis Mavi Marmara yang  utuh memperjuangkan misi kemanusiaan LL4G(Lifeline for Gaza). Beliau juga merupakan saksi lagak angkuh rejim laknatullah zionis tatkala kapal yang dinaiki beliau diserang di tengah-tengah perairan antaranbangsa, di mana  sebilangan krew terkorban serta cedera.
Ayuh, selami sendiri
dan hayati perjuangan mereka.
Secara “live” kami bawakan kepada anda
KERANAMU PALESTINA
-diari sebuah perjalanan-
3 November 2010
bertempat di 

Mendaftarlah di http://palestin.amirnet.org/. Cenderamata berupa produk dari Aqsa Syarif menanti anda bagi sesiapa yang mendaftar.

Friday 22 October 2010

esok

Esok, bermulanya satu majlis yang ditunggu2..
SHAHADATUL HAQ untuk sahabat2 ku..jua untuk ku sendiri..
moga segalanya dipermudahkan ya Allah..
kami bekerja ikhlas kernaMU
demi ISLAM yg dicintai..
demi redhaMU..
Ya Tuhan..

Thursday 21 October 2010

bersediakh aku..

HAri ni satu soalan keluar dari seorang kakak;
 "dah sedia ke nak kawin?"
Dan disambut tanpa sebarang jawapan, hanya seulas senyuman..

Bersediakah aku?
Bermacam tanggungjawab akan aku tempuh andai status "isteri" disandang. Dan relakah aku?
Hmm.. masih belum bisa kuberi jawapan dan aku ku terus mencari..


Sekarang ni, kuharapkan keputusan aku adalah betul.
Satu perkahwinan yang dapat membantu perjuangan dakwahku..
Yang bisa menyokong aku untuk terus bersemangat..
Dan ku pinta barakah dari yang ESA..

Wednesday 20 October 2010

kembali di sini

salam alaik..

lama nye x update blog ni. sebulan lebih pulang bercuti di malaysia, internet kat rumah pula kadang2 ada kadang2 xda. sibuk melayan adik2 dan hal2 raya lagi.

tapi alhamdulillah, sudah kembali ke bumi jepun dan meneruskan alam persekolahan yang masih berbaki setahun setengah je lagi. lepas tu insyaAllah kalau ade rezeki nak sambung master terus kat sini dan tambah la lagi 2tahun.hehehe

lamanya masa atau x, semua tu xpenting kan..andai kita mampu mengisi setipa masa dengan mencari barakah dariNYA..

Wednesday 14 July 2010

jaminan kebahagiaanmu

Ada sebab penciptaan
Ada sebab kelahiran
Ada sebab kehidupan

Bukan sia-sia diciptakan
Bukan sia-sia dilahirkan
Bukan sia-sia dihidupkan

Dunia hanya sementara
Dunia hanya gurau senda
Dunia hanya mainan leka

:::::: namun :::::

Terang sudah satu tujuan
Jelas sudah satu pegangan
Luas sudah satu lorongan

  :::: tapi ::::

Seringkali kau nafikan
Acapkali kau dustakan
Semata kerana nafsu keduniaan!

Kau diciptakan kerna kasihsayangNYA
Kau dilahirkan kerna rahmat dariNYA
Kau dihidupkan kerna belas kasihNYA
Ingatlah, kau khalifahNYA
Kau hamba ciptaanNYA

Dunia bukan tempat kekalmu
Dunia bukan tujuan hidupmu
Letaklah akhirat setinggi-tinggi impianmu
Agar bisa kau tersenyum
Di atas dipan-dipan
Merasai sejuta ketenangan..
Perjuangkanlah keagungan islam agamamu
Tekadkanlah hatimu
Runtuhkanlah ego-egomu
Dalam lorong menggapai redha Ilahi

Kerana hanya itu jaminan kebahagiaanmu..

Tuesday 13 July 2010

Syaaban

Diriwayatkan dari Abu Umamah Al Bahili r.a berkata, Rasulullah saw bersabda:
"Apabila masuk bulan syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Alhamdulillah, hari ini sudah memasuki 1 Syaaban 1431H. ALhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah kerana masih diberi peluang hingga ke hari ini..
Namun sampaikah kita hingga bulan yang ditunggu-tunggu nanti--RAMADHAN Al-Mubarak..
Semoga dengan ketibaan syaaban ini, kita sudah mempersiapkan diri untuk menemui ramadhan..
Selagi DIA beri kita peluang, gunalah sebaik mungkin..

Allahualam..

Aku hanya UMAR

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi


Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku


Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan 



by Hijjaz

Sunday 11 July 2010

dzatiyah

hebatnya tarbiyah?

adakah aku begitu orangnya?
atau mereka?
yang sentiasa mengenali diri
yang sentiasa meningkatkan diri
yang sentiasa memuhasabah diri
walau diam seorang diri..
hebatkah begitu?
tak lupa pada pencarian
tak lupa pada perjanjian
tak lupa pada kecintaan
walau di mana jua dicampakkan..
hebatkah itu?
adakah aku orangnya?
yang sentiasa ingat
aku ini hamba Ilahi
aku ini khalifah bumi
walau aku hanya ada aku di sini

sejauh mana hebatnya tarbiyah dzatiyah ku?
sejauh mana benarnya ikrarku?

hanya DIA..dan aku tahu..
dan hanya DIA yang lebih tahu..

tarbiyah dzatiyah=tarbiyah diri sendiri

Saturday 10 July 2010

nota cinta

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah



by saujana



Friday 9 July 2010

batu asas

akak, selalu je xde kat umah. akak gi mana? busy sangat ke?
 ooo, akak kena 'outstation' la dik. emm, busy tu takdela busy sangat, cuma nak hargai masa2 yang tinggal ni=)
menghargai masa2 yang tinggal?akak sakit ke? nape cakap macam tu?
 eh, akak tak sakit la sayang. cuma akak takut, nanti akak dah tak ada masa lagi, tak sempat nak buat apa Allah suruh....

Hemmm.. Hidup di dunia bukanlah satu masa yang panjang. Bukan la satu masa untuk dipenuhi dengan main2 je.
Dulu aku pelik, kenapa tak boleh kita bersenang2 bila takde homework, bila takde exam..
Sekarang aku tau, perlukah bersenang2 sedangkan ada saudara kita di sana sedang berperang, sedang berjuang demi menegakkan agama, juga agama yang kita anuti? Seawal usia 5tahun mula memegang senjata, sedang aku hanya sibuk dengan mainan.

Hidup ini tak panjang..
Bila2 masa bisa diambil tuhan..
Mengapa sukar untuk sedar..
Perjuangan kita masih belum selesai..
Bermula sekarang..
Bersama kita bina batu2 asas..
Demi menbangunkan menara islam..
Walau hanya secebis bata..
Biar kita mampu menyumbang..
Kerana kita lahir dalam nikmat islam..

Monday 5 July 2010

nikah


pernikahan..
ikatan dua hati
antara adam dan hawa
demi membina sebuah keluarga
demi menyambung generasi
membina insan-insan
yang akan meneruskan perjuangan
membela agama,
mencari redha Ilahi..

" Wahai manusia! BErtakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari sisi yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya, dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-NYA kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasinu." (An-nisa,4:1)

Sunday 27 June 2010

saya nak tukar usrah!

malam sebelum..
"akk, saya nak tuka usrah! saya dah tak boleh terima dah usrah macam ni, dah takde kemanisan ukhuwah, dah takde manisnya usrah saya ni. semua orang dah macam tak komited, main2. pentingkan diri sendiri.
saya nak usrah yang sampai ke hati! dan saya pun masih tak mampu nak tsiqah dengan mak naqibah saya. saya nak tukar usrah!"
....dalam tangisan, luahan hati humaira pada seorang kakak..


adik, luahkanlah apa jua yang terpendam. katakkanlah..
adik, bersabarlah. ujian Allah itu memang hebat. tapi, bumi ini tetap akan berputar kan, walau besar mana pun masalah kita.dan sekarang Dia ingin menguji pada tempat kelemahan adik(dalam sendu seorang kakak menuturkan kata, dan akan ku ingat ni sampai bila2,insyaAllah)


sebelum tidur, ku membelek2 kalam ALLAH..
"..maafkanlah mereka dengancara yang baik."(Al-Hijr,15:85)
ya Tuhan, aku maafkan apa jua silap mereka, dan ku berharap mereka jua maafkan ku..


hari itu..


seusai menunaikan solat subuh, renungan jauh menembusi fikiran.
Ya Allah, semoga hari ini segalanya berjalan dengan baik.
Ku ceriakan hati, ku sediakan diri, untuk lakukan yang terbaik unutk mereka, untuk kami semua..
Ku usahakan senyuman, namun alhamdulillah senyumku insyaAllah jujur demi kerana redhaNYA. Dan luka hati sedikit demi sedikit ku cuba pulihkan.
 Dalam perjalanan menaiki densha(train), tiba2 datang emel dari seorang kakak, yang menitiskan sedikit airmata dari mata yang semalam tak mampu lelap ini..


adik,
"Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan, tetapi Dia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur."(al maidah:6)


panjang lebar nasihat dari kakak, jazakillah khair akak. hanya dengan doa mampu saya balas jasa akak.
akan saya ingat nasihat akak, insyaALLAH..


'kadang kala kita kene beritahu kekuatan dan kelemahan kita, untuk memudahkan murobbimu merancang untuk kamu'






Dari Hadis Rasulullah ;
"Kasih Sayang, belas kasihan dan simpati sesama orang-orang yang beriman ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota mengadu sakit, seluruh tubuh akan bersama dengannya berjaga malam dan merasa demam."

Alhamdulillah usrah yang berlangsung di taman lavender hari ini, berlalu dengan senyuman, walaupun masih ada adik-beradik usrah ku yang masih belum bersemangat. Tapi aku tahu, hatinya bersama kami, insyaAllah.
Dan pada waktu tu aku sedar, setiap apa jua perubahan yang berlaku, adalah ujian adalah untuk menguji keikhlasan kasih sayangku pada mereka. Bibir mungkin mudah meluahkan, tapi hati, hanya Tuhan yang bisa menilai..
Aku syukur kerana dikurniakan mereka, sebagai ujian dari Allah unutk aku.
Teringat satu dialog dalam filem ayat2 cinta.."Allah sedang berbicara denganmu!"
Ya, DIA sedang berbicara dengan ku, menguji pada kelemahanku, sejauh mana ikhlasnya hatiku, sejauh mana benarnya pengakuan ku..

Ya ALLAH, aku tidak ingin meninggalkan mereka, kerana mereka sumber kekuatanku.
melalui mereka aku dalam jalan tarbiyah ini.
melalui mereka aku bisa teguh berjuang..

ya Allah,
KAU ampunilah hati2 kami, kau teguhkanlah kasih sayang kami,
kau redhailah ikatan pertalian kami, dan kau tsabatlah hati2 kami sebagai pejuang agamaMU,
ya RABB, ya RAHMAN, ya RAHIM..


Wednesday 23 June 2010

sabar

kesabaran..
kekuatan..
ketabahan..

tawakal..
takut..
harap..


"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan dengan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat  kepada orang-orang yang berbuat kebaikan."(Al-A'raf,3:56)


"dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar2 Maha Pengampun, Maha Penyayang."(An-Nahl,16:18)


"Dan bersabarlah engkau (muhammad) atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji tuhanmu.."(Taha,20:130) 

Tuesday 22 June 2010

hadiah dari adik

teringat pada mereka..
merindui setiap detik bersama..
saat bertemu kerana DIA
saat berpisah kerana DIA
perjuangan bersama
kemenangan bersama
insyaAllah..

hadiah dari seorang adik~



"dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul(Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, (iaitu) para nabi, para pencinta kebenaran, orang -orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaiknya."
(4:69)

Sunday 20 June 2010

apa erti hidupmu

kau kata kau faham
kau kata kau mengerti
tapi mengapa kau begini?
hilang arah punca
hidup tanpa tujuan
mana bukti apa yang kau tuturkan?
mana sahihnya?
kau hidup sehari-hari
tanpa kau fikir apa arah perjalanan hidupmu
kau bangun setiap pagi
hanya fikir apa makanmu, apa pakaimu
adakah hanya itu semata2 tujuan penciptaanmu?
Tuhanmu beri kau nyawa, tapi adakah hanya untuk itu?
kau bekerja sehingga penat,
kau berhibur bila kau sunyi,
sampai satu kau sudah tidak berdaya
dan kau terkulai layu, 
hidupmu hanya umpama ROBOT semata!
tiada makna, tiada punya erti!
dan bila kau bertemu tuhanmu
kau kaku bisu kelu!
sedangakn kau di dunia, gah berbicara
sombong,angkuh pada teguran menbina.
Adakah kau manusia,
yang punya hati? punya akal?
sombonglah kau di dunia!
lekalah kau dengan hidup mu!
kelak, tuhanmu pasti akan lupakanmu!
kelak tuhanmu tiada untuk membantu!
kerana kau manusia yang hidup tanpa  syukur,
tanpa tanggungjawab,
tanpa tuhan!!

al-baqarah, ayat 30
az-zariyat,ayat 56
al-a'raf, ayat 179

Saturday 19 June 2010

bring back islam!

at this hour, feeling to scream..

bring back islam!
bring back islam!
bring back islam!
!!!!

Thursday 17 June 2010

jangan sedih jangan takut

Tika lidah berkata.."aku sedih dengan mereka"
Tika lidah bertutur.."aku kecewa dengan mereka"
Saat lidah terdiam, takut untuk menyatakan,
Saat anggota kaku, segan untuk melaksanakan,
Minda hilang dalam khyalan,
Semangat sepi tidak dicambahkan,
Dugaan itu cukup untuk melemahkan iman
Ujian itu amat memeritkan hati insan,
Namun itu memang ketetapan bukan?
Setiap liku tarbiyah,
Setiap cabang dakwah,
Pasti tumbuh duri2 yang menyakitkan,
Tentu ada paku2 yang berselerakan.
Namun,
Janji Allah itu pasti,
Sabda nabi itu realiti,
Usah gusarkan hati,
Jangan bersedih hati,
Kita pemimpin, kita pendidik,
Kita jua dipimpin, kita jua dididik,
Manisnya pasti ada, senyuman pasti akan terukir jua,
Kerana kita tiada yang berseorangan, tiada yang bersendirian.


Diriwayatkan dari Abu malik Al-Asy'ari sesungguhnya Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya' dan juga bukan dari golongan para syuhada'. Mereka di cemburui oleh para Anbiya' dan para syuhada' kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah". para sahabat bertanya,"wahai rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?" Rasullah menjawab," mereka adlah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanap ada pertalian persaudaraan di antara mereka dan bukan kerana harta benda." Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka berada diatas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.
lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud
"ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati".(Yunus,10:62)

mari membantu

"Sesiapa yang meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapagkan (rezeki) dan kepadaNYA lah kamu dikembalikan."(al-Baqarah,2:245)

Jika kita mampu membantu, bolehlah hulurkan bantuan.
Jika tidak, panjatkanlah doa semoga sahabat kita ini kuat iman,tabah hati,dipermudahkan segalanya.ameen.

klik SINI

Tuesday 15 June 2010

ikhlaskanlah hati

Ya Tuhan..
Semalam Kau beri aku satu dugaan. Dan hari ini Kau beri aku satu lagi kejutan. Betapa Kau menyayangiku, betapa Kau ingin menguji ketabahan imanku..Syukur Ya Allah..

Mungkin kadangkala kita terleka dengan keseronokan dunia, hingga kita lupa untuk membezakan mana yang HAQ dan mana yang BATIL.
Perkara yang HAQ, tak semua menyeronokkan, tak semua menggembirakan, banyak dengan dugaan, banyak tuntutan pengorbanan jiwa,masa,tenaga dan harta.
Tapi yang BATIL itu, dihiasi keindahan, diwarnai keseronokan, demi menghayutkan hati2 sekalian kita.
Mungkin itu menjadi sebab, hati kita sentiasa berdalih untuk perkara membawa kepada mengingatiMU, dan sering cenderung mengikuti telunjuk syaitan laknatullah..
"..demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka DIA mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya." (Asy-Syams,91:7-10) 
 Jalan mana yang ingin kita tujui?
Ketahuilah, asal manusia bermula dari syurga, dan ke syurga jualah seharusnya kita kembali.
Jangan langkah tersadung, membawa jatuh ke lubang penyesalan.
Sekali nyawa di tarik, pasti tiada jalan kembali pulang ke dunia.

Masa kita anugerah Allah. Gunalah masa unutk sentiasa mengingatinya. Janganlah kita belot pada Al-Khaliq.
Kerana pasti, penyesalan akan kita rasai.

Ikhlaskan hati..ikhlaskan hati..ikhlaskan hati..

Friday 11 June 2010

dunia or akhirat?

"Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. "  (Asy-Syura,42:20)
 akhirat atau dunia yang jadi pilihan?
seringkali Allah nyatakan dalam kitabullah, dunia ini hanya la sementara. Takkan kekal, takkan pernah kekal tanpa izinNYA. Dan kehidupan abadi hanyalah kehidupan akhirat. Jadi, mana yang kita pilih?
biar miskin harta dunia, kerana harta akhirat itu lagi penuh makna.
biar penat di dunia, kerana rehat di akhirat pasti penuh nikmatnya.

Sungguh, syaitan takkan berhenti untuk mengarahakn hati2 manusia mencintai dunia.
Kuncilah hati untuk itu, dan bukalah seluas-luasnya untuk lebih mengenali al-Khaliq.

Allahualam.

Sunday 6 June 2010

tarbiyah

Islam itu indah.
Perjuangan untuk islam itu indah.
Cabaran demi islam itu indah.

Mungkin kita sering terduga oleh bermacam dugaan, dalam membenarkan islam, dalam menyampaikan al-haq. Namun perlu kita tahu, ujian2 itu adalah untuk kita, demi masa akhirat kita. Tak Allah jadikan semua itu sia2.
Bukan untuk menyusahkan, bukan untuk membebankan, namun untuk membahagiakan. Untuk mentarbiyah.

Diriku syukur sangat kerana mengenali dunia tarbiyah, bersama satu keluarga yang cukup besar, yang sentiasa memberi aku sokongan dan dorongan, di kala tarikan syaitan mula kelihatan. Tarbiyah, satu pendidikan yang berterusan, yang sentiasa memberi kita sesuatu yang baru.

Berani aku katakan, mereka yang tidak ditarbiyah, lari dari tarbiyah, teramat sangat rugi!

10 muwasafat tarbiyah
 akidah yang sejahtera
 ibadah yang sahih
 akhlak yang mantap
 luas pengetahuan
 berdikari
 sihat tubuh badan
 mujahaddah dengan diri
 menepati masa
 tersusun urusannya
manfaat pada orang lain

tarbiyah tak merugikan.
tarbiyah membahagiakan.

Wednesday 26 May 2010

Gusar

Sukar untuk digambarkan rasa hati ketika ini. Sedihkah?Gembirakah?
Ku tak tahu. Sejak akhir2 ini, ku sedar sedikit perubahan pada diri. Bukan,bukan sedikit,tapi banyak.
Kadangkala aku sendiri tak mampu mengenal apa yang aku ingin kan. Aku ingin membaiki diri,namun ku takut, aku semakin jauh dengan mereka.
Kadang kala, hati menangis kesepian, hati menangis dalam diam. Kadangkala tak mampu kuluahkan, kadangkala sering ku berbicara sendirian.
Semakin sukar ku mengenali diri ini.
Adakah aku semakin jauh dariNya?
Terketika ini, banyak ku terima teguran halus dariNYA, melalui mereka yang bergelar sahabat,yang bergelar murobbi. Namun masih jua belum kutemui, apa jawapan pada kecelaruan hati ini..

Ya Rabb..
Tika ini, hujan lebat berguguran menimpa bumi..
Setiap kali ku lihat titik2 hujan ini..
Alangkah tenangnya kurasa..
Andai dosa2 ku jua mampu gugur seperti hujan ini..
Ya Rabb..
PadaMu ku pohon petunjuk
PadaMu ku pinta ketenangan
Biat terungkai setiap duka
Bila terjawab setiap rasa

ku tak ingin putus asa menyinggahi hati..
kerna itu perbuatan mereka yang kafir padaMU
ku ingin terus memohon
kerna ku tahu
rahmat n kasih sayangMu amat dekat..

Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKU,agar mereka memperoleh kebenaran.(Al-Baqarah,2:186)

Wednesday 12 May 2010

tanah!

"yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah"(As-sajdah,32:7)

Ya, kita manusia hanya dari tanah. Dia mulakan penciptaan manusia ini dari tanah, dan keturunannya dari air yang hina(mani). Jadi mengapa harus ada kesombongan dalam diri?
Tanah, hari2 kita pijak,sesuatu yang pada fikiran kita kotor,namun mengapa kita sukar menyedari, mengapa mesti diri sentiasa angkuh?

Sukar menerima perkara kebaikan,tapi suka untuk berbuat perkara kejahatan. Mengapa kita perlu rendahkan harga diri serendah2 tanah? Biarlah dunia hanya di tangan, dan akhirat sentiasa di hati.

dari Allah kita datang, dan kepadaNYA jua lah kita pasti kembali..

Allahualam.

Wednesday 28 April 2010

Densha(train=keretapi)

Mengapa aku begini? Mengapa aku semakin jauh? Mengapa hari2 ku berlalu begitu saja?
Mengapa?Mengapa?Mengapa????

Satu masa itu, betapa kurasakn kehangatan semangat yang tinggi,berkobar2 di hati,yang menggerakkan aku. Tapi mengapa kini, kian lemah,kian pudar? Di mana silapku? Di mana kurang?

Tarbiyah takkan berhenti,walaupun kita terdiam,walau kita tak mahu bergerak. Tapi yang akan merasai kerugian itu,pasti kita!!!!
Seringkali ku dengar,densha tarbiyah. Gerabak mana sekalipun, yang pertama atau yang terakhir,pastikan kita menaikinya. Jangan biarkan densha tu tinggalkan kita, sebab kalau kita tak naik,sampai bila pun kita takkan sampai destinasi. Andai kita naik di gerabak pertama,pasti kita yang akan dulu sampai. Dan jika kita naik gerabak terakhir,pastinya,kita yang akan jadi golongan terakhir yang sampai. Tentunya kita ingin jadi mereka2 yang pertama bukan?

Walau kita tak selembut khadijah
Walau kita tak sehebat abu bakar
Walau kita tak segarang umar,
namun kita jua mampu jadi penyumbang perjuangan ini!!!

Persoalannya..mahu atau tidak?
kita pasti ada jawapannya..

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (At-Taubah,9:41)

Tuesday 20 April 2010

dakwah kasih sayang

kita mengajak,bukan memaksa
kita memberi bukan untuk dibalas
andai kita disakiti,jangan di dendam
dakwah kita dakwah kasih sayang
semata2 kerana Sang Pencinta

Dia tahu apa yang terbaik..
semoga kita bukan dalam kerugian yang berpanjangan..
insyaAllah..

Saturday 17 April 2010

lupa

terkadang,kita mudah lupa
lupa pada Pencipta
lupa pada Pemberi
lupa pada Pemilik
.
.
.
.
.
.

tapi DIA
sentiasa ada memerhati
...

Wednesday 14 April 2010

apa itu cinta


cinta..
dulu ku xkenal cinta
selalu menafikan cinta
sering menidakkan cinta
kerna ku rasa
cinta akan tiba bila masanya
kini ku tahu adanya cinta
cinta tulus tanpa prasangka
cinta suci tanpa titik noda
cinta itu..
memberi aku sinar cahaya
menerangi jalan gelap gelita
membawa harapan setinggi menara
membuai rasa, membunga di jiwa
bila ku cari cinta itu
hati ku tenang
jiwa ku senang
sering airmata berguguran 
demi merayu cinta itu
demi menagih rasa tulus itu
aku bahagia dalam mencari
aku gembira dalam memberi
semuanya kerana cinta

cinta untuk kalian ku hulur
dari kalian jua ingin ku sambut
dalam perjuangan mencari cinta itu
cinta nan satu
tiada beda
tiada setara
hanya cintaNYA..

ku damba cintaMU ya RABB..

Wednesday 7 April 2010

cahaya

salam alaik..

Masa sentiasa berdetik tanpa menunggu walau sesaat jua. Tanpa sedar,kita ditinggalkan. untuk undur kembali, satu perkara yang mustahil.

Alhamdulillah,masa mengajar erti kedewasaan. Cabaran dalam menempuhi perjalanan hidup demi menyelesaikan hak2 Allah, banyak membantu membina satu kehidupan yang lebih bermakna.

Mungkin ramai lagi yang masih belum sedar, walaupun memahami, erti hidup ini. Di mana harusnya kita berada, ke mana harusnya hala tuju kita, ramai yang sudah mengetahui, namun ramai jua yang masih dalam dunia fantasi yang penuh dalam kejahiliyahan.

Jika dulu, aku jua pernah melalui zaman yang ku rasa zaman gelap, namun kini dengan izinNya ku temui cahaya2 yang mampu menyinari perjalanan hidup ini. Cahaya yang cukup menyentuh hatiku. Dan mereka2 yang membantuku menemukan cahaya itu amat ku sayangi, amat bermakna dalam hidupku.

Walau di mana jua mereka berada, amat ku ingin mereka tahu, bahawa mereka amat ku rindui, amat ku sayangi.
Masa berlalu, menemukan kami, dan masa jua berlalu memisahkan kami. Segalanya telah tertulis. Maha indah aturan Yang Maha Kuasa. Betapa aku amat mensyukuri segalanya..

Ku harap semangat ini tidak akan pudar, walau berjuta dugaan harus ku lalui. Sudah satu ketetapan, dakwah itu penuh dengan ujian. Ujian itu hadir kerana Dia menyayangi hamba2 NYA. Ujian itu datang kerana DIA ingin kita bersamaNYA sentiasa. Dan tidak akan pernah DIA memberi ujian yang bukan dalam kemampuan hamba2NYA.

Dan aku ingin tetap pada rasa ini, apapun yang aku lakukan, aku ingin lakukan kerana DIA. Demi hanya kerana DIA..insyaAllah..

Saturday 27 March 2010

aku ingin kekuatan

aku ingin kekuatan.
kekuatan seorang daei.
dalam membentuk,membina.
berilah aku kekuatan ya Allah.
kurniakan aku sahabat2 yang sentiasa menyokongku.
aku rindu pada mereka..

Wednesday 24 March 2010

indahnya rasa itu

Allah menganugerahkan satu rasa pada manusia, rasa yang cukup istimewa.
Kasih sayang.
Saat aku merasai rasa itu,aku rasa cukup bahagia. Cukup berbunga. Aku belajar merindui. aku belajar menyayangi.
Saat kedukaan,aku mengerti apa itu pujukan. aku mampu memberi dan aku mampu menerima. Mungkin tidak sehebat mereka yang hebat, tapi aku tetap ingin memberi.
Allah kurniakan ku rasa nan indah ini. Aku rasa cukup bahagia. Saat dilukai, saat dikecewakan, itu semua cabaran dalam menyayangi. Namun aku bersyukur kerana aku memiliki kasih dan sayang serta aku mampu memberi rasa yang sama, insyaAllah.
Kasing sayang.
Aku sayang mereka.
Insan2 yang sentiasa bersama ku.
Di alam realiti, jua di alam maya berteknologi.
Ku gembira kerna ku mampu menyayangi.
Ku bahagia kerna rasa disayangi.
Ku tak mahu kasih ini dikotori, sayang ini dicemari.
Oleh hal2 duniawi.
Ya Allah, redhailah ukkhuwah antara kami.
Kami bertemu, kami bersatu hanya dengan izinMU dan jua hanya kerana MU.
Dan kami jua akan berpisah, dengan izinMU dan jua hanya kerana MU.


Uhibbuki fillah abadan abada.
Jazakumullahhu khairan kathira.
Ya ukhti..

Monday 22 March 2010

hanya DIA yang lebih tahu

Kadangkala sukar untuk kita luahkan sesuatu. Sangat ingin meluahkan,namun lidah kelu berbicara. Pabila berbagai2 perkara terjadi, pelbagai ujian, bermacam pengalaman hidup ku tempuhi, terus ku sedar, apa yang hadir ini adalah antara cabang2 tarbiyah dari Dia, Sang Murabbi Teragung.


Mungkin hari ini, aku rasa gembira, mungkin semalam ku rasa kecewa, mungkin saat ini ku terluka dan mungkin hari esok ku tersangat gembira. Apalagi yang ku mahu selain kepelbagaian perasaan ini? Uniknya sang hati, kerana bisa merasai semua perasaan ini. Indahnya hidup ini andai rasa2 ini mampu diterjemahkan sebagai alat2 dalam proses pentarbiyahan hati.


Mungkin saat ini aku rasa akulah manusia paling baik, akulah manusia paling harus dipuji. Sedangkan aku tidak sedar, padahal akulah manusia paling jahat dan paling dibenci. Rasa takbur juga mampu menguasai sang hati bila2 masa. Mampukah kita menerjemahkan rasa itu sebagai alat tarbiyah? Tidak sanggup aku menjadi saudara si iblis, yang pertama2 memperkenalkan rasa dahsyat ini>sombong takbur.


Aku bersyukur Sang Murabbi Teragung memilih aku berada di alam ini. Menempatkan aku bersama mereka yang mampu mendidik sang hati ini. Dan pabila aku tersedar, aku juga ingin mengejutkan mereka yang masih lagi lena ketiduran, tapi kadangkala aku rasa aku tiada kemampuan. Kita tahu apa yang betul, dan kita mengerti apa yang tidak betul. Sang Murabbi telah kurniakan dua pilihan jalan,untuk kita susuri di bumi sementara ini.


Yang manakah yang menjadi pilihan sang hati? Jalan kebaikan atau sebaliknya? Terkadang kita merasakan yang kita sudah menjadi manusia paling baik, memilih jalan yang paling betul, tapi adakah amal perbuatan kita tergolong dalam isi2 di lorong kebaikan itu? atau kadangkala bercampur dengan isi2 yang berada dalam lorong kejahatan?


Selagi kita masih punya masa, izinkan hati kita untuk merasa, benarkan akal fikiran kita untuk menelaah setiap apa jua perasaan kita, setiap apa jua amal perbuatan kita, dan setiap apa jua jalan pilihan kita..


Dan sesungguhnya hanya Sang Murabbi Teragung mengetahui segalanya..

Saturday 20 March 2010

Jaulah kami 2