Friday 14 August 2009

Beberapa hari lagi

salam..

Hemm,post kali ini xtau nk cakap pasal apa.huhuuh..
Semalam,13hb ogos kamiwarga student malaysia di gunma ni pergi berkelah di pantai kat ibaraki. Program tu juga sempena majlis soubetsukai(perpisahan) abg Yus n Kak Yati sekeluarga yang akan pulang ke malaysia bulan 10 ni sebab dah tamat Phd dah. So,kami konvoi la beramai2.dekat 4jam lebih perjalanan. Tapi alhamdilillah,semua selamat sampai n selamat juga pulang.

Lagi beberapa hari,aku jaga akan terbang pulang ke MALAYSIA sempena cuti musim panas ni. Rasa xsabar sangat dah ni. Teringat nasi KERABu, nasi DagaNG, kerepok lekor semua,wahhhhh..xsabarnyeee..
Dan tahun ni sempat sambat 1ramadhan kat rumah n juga 1syawal.INSYAALLAH..
Rindu sangat dengan familyku..

Ini jela kot utk kali ni,xde idea lak nk tulis ape..
Tapi semoga kita semua dipanjangkan UMUR dan sempat merasai keBERKAhan RAMADHAN tahun ni.Sama2 kita memperbanyakkan AMALAN2 Sunat,baca KALAMULLAH,dan sebagainyA.
Kita ambil peluang ni untuk sama2 kita perbaiki diri kita.
Kita sama2 habiskan 30juzuk Al-QURAN ramadhan ni ye:)
INsYAALLAH..

"..Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.."
[Ar-Rad,13:11]

Monday 10 August 2009

GAGAL ke?

SALAM..
Setelah 2minggu menahan nafas jawab exam,esok tinggal lagi 1 paper je lagi. Yang lepas,xtau la nak cakap cane,boleh lepas ke x,aku TAWAKAL je. Usaha dah usaha kan,tinggal pengHARAPan padaNYA jela.

Bila cakap pasal PENGHARAPAN padaNYA,aku terfikir la sesuatu. Macamana pun result yang kita dapat,jangan berputus harap pada ALLAH. Dulu masa aku SPM, aku pernah xdapat capai target aku dalam trial exam spm. Kesannya,seminggu aku murung. MEnangis xhenti2.
Bila aku teringat balik,kenapa aku jadi macam tu. Dan minggu lepas,aku dapat tau aku kena reseat utk paper butsurikagaku(physical chemistry). Memang aku susah nak terima,sudahnya aku call parents kt kampung,nangis kat diorg.HUHUHUHUHU

Mungkin aku lupa, semua yang berlaku ni ada hikmahnya.TUHAN kan MAHA ADIL. DIA tahu apa yang BAIK dan BURUK untuk kita semua. Adakalanya,apa yang kita rasa baik utk kita,tp hakikatnya perkara tu xelok utk kita,sedangkan apa yg kita rasa xbaik utk kita,sebaliknya banyak manfaat yg kita dapat..
"...Tetapi boleh jadi kamu TIdAK MenYEnaNGI sesuatu,PADAHAL itu BAIK bagimu,dan boleh jadi kamu MENYUKAI sesuatu padahal itu TIdAK BAIK bagimu.ALLAH lebih MENGETAHUI,sedangkan KaMu TIDAK mengetahui."

[Al-BAQARAH,2:216]

Itulah hakikat sebenar yang kita xsedar pun kan. Pada kita,kejayaan tu la segala2nya,macam aku jugak la,tapi sebenarnya bila DIA berikan kegagalan kepada kita,itu yg sebenarnya yang TERBAIK utk kita. RENCANA ALLAH adalah sempurna. Dan kita perlu gunakan akal kita utk fikir tentang itu.

Dan lagi satu,jangan sesekali putus HARAPAN padaNYA. SEntiasa mohon RAHMATNYA,jgn sesekali putus harapan.
"...Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat ALLAH, hanyalah orang2 kafir."

[YUSUF,12:87]

Semoga aku akan jadi lebih baik lepas ni,dan kepada semua juga yang sudi membaca..

Saturday 1 August 2009

Syukur kerana dugaanMU

cabaran dan dugaaan
adalah hiasan kehidupan
suramnya hidup dengan dugaan
serinya hari dengan cabaran
tanpa cabaran
tanpa dugaan
siapalah kita
hanya boneka bernyawa?
tidak..tidak..tidakk
dicipta untuk satu tujuan
dipinjamkan nafas
dikurniai kenikmatan
namun
bersyukurkah kita?
sedikit dugaan menyinggah
secubit cabaran mendatang
mengapa mudah putus asa dituturkan?
mengapa mudah keluhan berhembusan?
mengapa mudah keyakinan memudar?
tidak akan kita mampu melihat
dunia nan indah
jika mengharapkan hidup
tanpa secalit kesusahan
DIA sentiasa bersama
DIA sentiasa melihat
DIA sentiasa menyayangi
DIA sentiasa memberi

dan kerana DIA juga
kita di sini...