Wednesday 24 February 2010

tiba-tiba jee

salamun alaikk
Hemm..sudag beberapa hari cuti bermula, sudah beberapa hari merdeka dari final exam. Bebarapa hari masa dihabiskan dengan ukhtiku yang datang menziarah aku di sini. Best, tapi banyak aktiviti makan je.Hehe..n tq dear  sebab buatkan chocolate cheese cake n tiramisu untukku=)

Hari ini tiada apa2 aktiviti.

Tiba2 teringat pasal kematian.

Ya Allah, janganla Kau matikan aku di saat aku sedang melakukan dosa, dibawah atau di luar sedar. Janganlah Kau tarik nyawaku disaat aku futur. Janganlah Kau ambil nyawaku di saat imanku menurun..

Agaknya masa kita tengah berseronok, sedang berhappy2 dengan kawan2 sehingga lupa diri kejap, tiba2 masa tu jugak Pemilik nyawa kita ambil nikmat nyawa tu dari kita, macamana la agaknya kita di alam kubur nanti? macamnana la agaknya kita di akhirat nanti?
Masih tersediakah mahligai indah di syurga untuk kita?

Mungkin di waktu kita tengah bergaduh dengan mak atau ayah, dengan mengumpat kawan2, tengah ketawa sampai tak ingat dunia, tengah berdating dengan pakwe, tengah main2 kat disneyland, tengah tengok cerita bukan2, tengah apa2 lagi laa..tiba2 jadi dunia jadi gelap dan bila bangun kembali dah berapa dalam tanah, sendirian. Minta ampun dengan mak ayah belum, mohon maaf dengan kawan2 belum, solat sunat taubat belum, ganti puasa belum, bayar hutang belum, macamana nanti?????

Ya Allah..
Teguhkan iman kami walau di mana kami berada, walau macamana keadaan kami,
keraskanlah hati kami pada perkara mungkar, dan lembutkanlah hati kami pada perkara kebajikan..

Friday 19 February 2010

Haru yasumi da!

salam..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Akhirnya tamat jugak exam final untuk tahun kedua di Gunma University ni dalam bidang applied biochemistry engineering.
Alhamdulillah.. segala urusan lepas ini adalah urusanNYA, tawakkaltua'lallah..

Lepasni nak buat apa ek? tarikh perlepasan ke UK lambat lagi, hemmm..

Apapun yang kita buat dimana pun kita berada segalanya dalam pengetahuan Al-Khaliq kan:)
So tengah2 cuti ni, jangan la buat perkara2 bukan2.
Jaga diri, jaga hati, jaga iman..
"...Dia mengetahui apa yang di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNYA. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak ada pula sesuatu yang basah atau kering yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Luh Mahfuz)." ( al-An'am,6:59)
Ingatlah Dia sentiasa mengawasi kita, melihat kita. Tiada apa yang berlaku tanpa pengetahunNYA.

Selamt bercuti~~~ 
Yoi haruyasumi ne..



Tuesday 16 February 2010

Saikin

salam ..

Hari terasa diri kakkoi(macho ke ek,nth la bm nyer ape) sebab lepas exam balik jalan kaki sambil memegang payung dalam yuki(salji). Hihi. Padahal tahun ni macam dah biasa dengan salji, tetiba rasa macam tu pulak. Ukhti2 kat dai(universiti) lain dah puas dah main yuki. Takpe, tak menjadi satu kesalahan pun untuk mempunyai perasan itu. Nak mentadabbur alam kan, sambil bersyukur atas nikmat ditimpa yuki=)
Teringat ayat (24:43) ada kat entry before ni.

Yosh!! 2 more papers to go. Fighttto~~ OH!!!

Semoga kikan(tempoh) exam ni, mengajar something yang baru. Semoga amalan2 waktu exam bukan hanya di kala exam je. Semoga sentiasa istiqamah. InsyaAllah.

Emm,tapi kan saikin(akhir2 ni) otak gungun ni asyik terfikir ke arah kahwin je.HUHUHU. Kenapa la ye?
Ish2..pi main jauh2 semua fikiran2 itu...




Hemm..rasa nak kongsi ayat ni la kali ni.Ayat simple je:)

"Allah tidak akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui."(An-Nisa,4:147)

So, kena la bersyukur=)

Monday 15 February 2010

say NO

salam alaik..

NO VALENTINE IN ISLAM!!!
If you are a muslim, note that in your mind, keep it forever till your death!!

READ THIS


di kala subuh


Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah) dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. (Al-Imran,3:145)

Sunday 14 February 2010

satu ketika dulu

Usai mengerjakan solat. Terdiam di sejadah yang biru. Mata tajam ke hadapan, merenung sesuatu. Sesuatu yang tiada di pandangan mata..
Dosa2 silam. Dosa2 satu ketika dulu, tertayang di benak fikiran, melintasi hati satu persatu..
Satu, satu lagi dan satu lagi dan lagi...
Tak terhitung.. Dan sesuatu yang paling sukar dilupa..
Mengapa waktu itu diri cukup bodoh untuk berfikir?
Mengapa menjadi sebab untuk mereka menzalimi diri mereka?
Mengapa bukan menjadi pendorong membawa mereka kepada Pemilik hati setiap manusia?
Walau kata maaf diucap, tapi mampu kah masa berputar kembali?
Dosa yang ditanggung, sampai bila harus dikumpul...?

"Ya Allah, ampunilah dosa2 kami. Bukalah pintu hati kami. Kurniakanlah petunjuk dan hidayah dari sisiMU kepada kami. Jauhilah kami dari perbuatan maksiat, perbuatan yang menzalimi diri kami sendiri.."

Friday 12 February 2010

B.A.T.U


"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan." (al-Baqarah,2:74)

Kenapa mesti hati kita keras macam batu, atau lebih keras lagi macam lagi dari batu?
Sedangkan batu pun boleh melekuk, boleh merubah bentuk setelah dikenakan tenaga ke atasnya, tapi mengapa hati kita tetap keras walaupun sering kali di beri peringatan? Al-Quran adalah sebaik2 panduan, sebaik2 peringatan dari Allah untuk kita, tapi mengapa hati kita masih keras walaupun bertahun2 membaca al-Quran? Mengapa hati kita tak mahu terima walaupun diberi teguran oleh mereka yang menyayangi? Tidak cukup ke nikmat yang Dia bagi dalam hidup kita ni? Cuba tengok langit, sudah cukup untuk bukti keagunganNYA. Tengok lagi tangan kita. mampu bergerak, tengok perut kita, mampu rasa lapar, tengok mata kita(cane nak tengok mata? tengok kat cermin kot=)), mampu melihat, belum cukup ke semua tu untuk bawa kita kembali pada jalanNYA?
Besar sangat ke EGO kita tu? 
Rasa diri kita ni dah sempurna ke?
Seringkali terdengar ayat ini " saya akan cari bila saya mahu", "masih belum dapat hidayah lagi", "masih muda lagi". Bila waktu akan mahu? Bila waktu akan dapat hidayah? Bila dah tua?  
Ya, hidayah milik Allah, dan Dia akan bagi pada siapa yang Dia kehendaki. Tapi rasa2nya Dia akan bagi tak kalau kita cuma berdiam diri tanpa usaha mencari? Macamana kalau usia tak sampai tua, tapi masih dalam kerugian tanpa petunjuk Allah?
Hati kita jadi keras bukan kerana Dia yang menjadikan keras, tapi kerana pilihan kita sendiri. 

"Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, (1) dan bulan apabila mengiringinya, (2) dan siang apabila menampakkannya, (3)dan malam apabila menutupinya (4) dan langit serta pembinaannya, (5) dan bumi serta penghamparannya, (6) dan jiwa serta penyempurnaannya [ciptaannya], (7) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu [jalan] kejahatan dan ketakwaannya, (8) sesungguhnya beruntunglah orang yang mennyucikan jiwa itu, (9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya(10)."(Asy-Syams,92:1~10)

Allah menyempurnakan penciptaan kita, ada hati , ada jiwa, ada akal yang waras, ada deria2, sempurna anggota badan, dan Dia memberi kita pilihan untuk menentukan jalan hidup kita. Baik atau buruk jalan yang kita pilih. Dan setiap pilihan yang kita buat Allah dah tau. Dan Dia akan memberi rahmat pada mereka yang layak, dan balasan buruk juga pada mereka yang ingkar.

Pilihan kita ---> syurga atau neraka? pahala atau dosa?

Wednesday 10 February 2010

saya bukan budak baik

Emm..
masih lagi dalam jihad exam..
masih dalam suasana yang tak terurus
Emm..


Semalam, cik gungun ada la borak2 dengan seorang senpai(senior) cik gungun. Best la borak2 dengan kakak tu. Tengah2 kepala sakit sebab fikir pasal exam je, boleh la rilek kejap dengar butir bicara kakak tu. Jazakillah ye  akak. Sayang akak tau.hehe..


Kitorang borak pasal apa ek? Gosip2 ke?Hehehe.. Tak2. bukan gosip kosong, tapi berisi,insyaAllah. Kitorang cakap pasal tarbiyah. Macamana nak mentarbiyah diri? Macamana nak handle perkara2 yang akan datang nanti? Emm, mentarbiyah diri. Tarbiyah diri banyak caranya. Masing2 ada cara masing2, asalkan cara2 tu tak melanggar hukum2 Allah kan. Dan salah satu cara nak mentarbiyah diri juga, adalah dengan mentarbiyah orang lain,insyaAllah. Sebenarnya kan, bila kita mendidik, memberi ilmu pada orang lain, diri kita yang akan lebih banyak dapat sebenarnya. Contohnya, bila kita ajar kawan selesaikan masalah matematik, insyaAllah lepas tu kita yang kan lebih faham kan, walaupun kita dah faham sebenarya, insyaAllah. Sama la jugak dalam medan ini, tak perlu nak tunggu kita jadi maksum, dan rasanya kita tak kan mampu capai tahap tu, sebab tu kan sifat Rasul NYA je. InsyaAllah, dalam masa kita mentarbiyah orang lain, kita juga akan berubah jadi lebih baik, lebih hebat lagi,insyAllah.


Dan ujian. Ujian akan sentiasa ada, lebih2 lagi untuk orang yang beriman. Tapi ingat, Allah  tak kan uji hamba2 NYA melebihi kemampuan hambanya untuk tanggung. Dan Allah akan uji kita pada tempat yang paling kita tak suka. Contonhya, kita takut nak seberang jambatan, tapi mutarabbi(anak usrah) kita tinggal kat seberang jambatan, jadi nak tak nak, memang kita kena seberang juga jambatan tu, demi nak menjalankan tanggungjawab kita. Allah tu Maha Penyayang, semakin banyak ujian kita insyaAllah semakin banyak ganjaran yang kita akan dapat.


Emm..
Umur aku pun dah semakin tua. Kalau bukan sekarang aku nak grab chance ni, bila la agaknya ye. Nak kokoro junbi(persediaan hati) la, belum cukup baik la, banyak dosa silam la dan macam2 lagi. Sebenarnya itu alasan je kan. Selalu cakap, kita ni khalifah, tapi bila kena diri sendiri, banyak pulak dalihnya. Apa daa aku ni.. Kalau rasa diri tu banyak dosa, nape la tak pegi taubat? Taubat la, Allah kan suka hamba2Nya yang sentiasa memohon taubat.


Aku pun nak cakap ni, dulu memang aku bukan la seorang yang baik, banyak sangat dosa yang dah terbuat dan dibuat.Ada yang orang nampak dan ada yang orang tak nampak. Dan bila aku tegur seseorang tu pasal benda yang sama aku pernah buat dulu, mungkin orang tu tak kan boleh terima dan mungkin akan perli aku balik. Tapi kalian semua, aku dah menyesal, aku dah bertaubat, dan aku harap Allah terima taubat aku. aku sayang kalian, sebab tu aku tegur dan tak nak kalian buat dosa yang sama. Lagipun aku nak masuk syurga, nak ajak kalian masuk syurga, bukan nak ajak kalian kena seksa.


Sekian.


tarbiyah= mendidik

Monday 8 February 2010

sayang kak rose upin ipin:)

Selamat ulangtahun!
Sanah helwah!
hepi besday!
tanjoubi omedetou!
to my ukhti, my dear kak rose:) sayang kamu sangat tau.hehehe
Alhamdulillah, tqah dah tua jugak, walaupun tak setua cik gungun.hihi. Tapi alhamdulillah sampai hari ini Allah pinjamkan nyawa, bukan untuk tqah je, tapi untuk cik gungun jugak dan untuk semua kita ni kan. Terima kasih ya Allah.


Tapi apa kita bagi untuk DIA ek? pernah tak kita terfikir or terrrasa pasal apa kita dah bagi untukNYA? Memang DIA takkan rugi apa2 walau kita tak kasi apa2, tapi siapa yang rugi agaknya?? Of course kita la!!!

"Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan [pembalasannya] kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun." (At-Taghabun,64:17)

Semua milik kita kat dunia ni dalah hak DIA, tapi Dia tetap tanya kita menggunakan perkataan "pinjaman". Alangkah baiknya Allah tu kan. Pastu kata akan bagi pulak balasan kat kita kalau kita pinjamkan "pinjaman" tu kat DIA. Subhanallah, Maha Suci Allah, padaNYA jua lah kita pohon keampunan ye.
Ok, sekarang cuba cuba kita tanya diri kita, apa kita dah bagi "pinjam" kat DIA?
Masa?
Harta?
Ilmu?
Anak? 
apa lagi..??
Emm.. semua tu memang datang dariNYA kan. So ape kita nak buat?
Tepuk dada, tanya iman masing2 ek:)

p/s: cik gungun sayang cik kak rose upin ipin:)
         syukur Allah pertemukan kita di jalan ini:)
   




Sunday 7 February 2010

kumohon hanya padaMU



"Dan katakanlah: "Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah [pula] aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong."  (Al-Isra',17:80)

Tuhanku,
aku bersujud hanya padaMU
aku memohon hanya padaMU
aku manusia lemah
lemah dalam berjuang
lemah dalam mendidik
tapi,
aku ingin teruskan perjuangan ini
aku mahu kekal di jalan ini
YA Tuhanku
pertolonganMu ku dambakan
bantulah aku
dalam menyelesaikan urusan duniaku
dalam perjalanan ke akhirat sana
bantulah aku
menegakkan kebenaran
melaungkan kecintaan
hanya padaMU ya RABB
ya Rahman ya Rahim
hanya padaMU ku mohon kekuatan
ku mohon kekuasaan
agar aku mampu mengharungi
setiap detik kurniaanMU
tanpa sedikit sia-sia
ya Malik
Kau tahu apa yang terbaik untuk diriku
kerana setiap ketentuanMU
adalah yang maha terbaik
ya Khaliq
hanya padaMU ku mohon pertolongan
hanya padaMU ku panjatkan tawakkal
Kau lapangkanlah dadaku
dalam apa jua yang Kau tentukan
Terima kasih ya Allah
kerana hari ini
aku masih mampu
merayu pertolonganMU
hanya padaMU jua ku berserah

"..Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (2) Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan [keperluan] nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan [yang dikehendaki] Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (at-Talaq,65:2-3) 

Friday 5 February 2010

Khas untuk mu

Tiba2 ada entry baru.hehe:) Esok agak bz so rasa nak post malam ni jugak=)
 Sempena ulangtahun kelahiran adikku, cik mimiey, aku nak ucapkan 
SELAMAT ULANGTAHUN yg ke>>>. 
SANAH HELWAH ya ukhti(^-^)
Dah tua ek? Sama la kita.beza beberapa hari je:) Tapi berapa angka jua usia kita, itu tak menjadi kepentingan dan tak perlu dipersoalkan kan. Yang penting, usia kita tak sia2. 100 tahun sekalipun kita hidup, tapi andai usia kita tak terisi dengan apa2, tak tau matlamat penciptaan kita, tak ada guna jugak kan.
Kita sama2 dah dewasa, insyaAllah sama2 banyak belajar, demi bekalan kita ke 'sana' nanti. Syukur Dia pertemukan kita. Sesungguhnya kasih yang lahir antara kita berempat adalah semata2 keranaNYA. Tak ada kebetulan, semua sudah ditetapkan. Tiap2 hari tengok muka cik mimiey,cik siti,cik intan, semua tu dah tertulis. Kita bergaduh, kita bermasam muka, kita ketawa, kita menangis semua itu nikmat dari Dia untuk kita kan.


"Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal [kematianmu], dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan [untuk berbangkit] yang ada pada sisi-Nya [yang Dia sendirilah mengetahuinya], kemudian kamu masih ragu-ragu [tentang berbangkit itu]". (al-An'am,6:2)

Ini ayat mama su kasi tadi sempena besday mimiey(6/2). Best kan ayat ni?
Sesungguhnya, Sang Pencipta telah ciptakan kita, memberi pinjaman nyawa sehingga mencapai usia sekarang ALhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur ya Allah. Esok2, tahun depan kita tak tau sempat tak sambut besday lagi kan? Semoga kita sama2 tergolong dalam golongan yang sentiasa memohon taubat dariNYA. Kita tak kan sanggup nak hadapi nerakaNYA nanti kan, tapi kita pun tak tahu layakkah kita jejakkan kaki ke syurgaNYA. tapi syurgaNYA lah kita dambakan. redhaNYA yang kita cari kan.

Semoga cik mimiey dan kita semua thabat dalam perjuangan ini. Semoga kita mampu ketawa lagi nanti, di taman-taman syurgaNYA. Dan semoga kita sentiasa ingin mencari cintaNYA. Mungkin kita dapat cinta manusia, tapi itu tak kan sama dengan cinta Sang Pencipta. Dan semoga cinta kita sesama manusia jua adalah semata2 keranaNYA, semata2 kerana ingin redhaNYA..

Semoga cik mimiey sentiasa dalam keberkatanNYA. Sayang kamu~~~

Ku Ingin Cinta



Di saat ini
ku inginkan cinta
Di saat ini
ku inginkan rindu
Cinta yang membuai sanubariku
rindu yang menyeru airmataku
Betapaku inginkan cinta itu
Betapa ku mahukan rindu itu
Agar hari2 ku tidak sia2
Agar tiap2 detik aku bahagia
Cinta itu..ya, cinta itu
Bukan..bukan cinta manusia
Tapi cinta YANG ESA
Cinta manusia hanya sementara
Aku inginkan cinta abadi
Cinta yang hakiki
Cinta yang suci..

Jom cari cintaNYA=)


Wednesday 3 February 2010

Bila masa kita?

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan [yang sebenar-benarnya]. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Al-Anbiya,21:35)

Setiap yang bernyawa, pastu akan mati. Itulah Sunnatullah. 
Masih terasa dengan berita pemergian seorang teman sekolah semalam. Ajal tak mengenal usia. Walau masih lagi muda, tapi ketentuan Allah mendahahului segalanya. Dalam tiga minggu ni, 3 berita kematian insan2 terdekat aku terima. 2minggu lepas, kematian ayah kepada seorang juniorku, minggu lepas adik kepada seniorku telah pulang ke rahmatullah, dan semalam teman yang sama2 dulu belajar di satu sekolah, satu kelas, juga telah pergi menyahut panggilan Sang Pencipta.

Apa sebenarnya DIA nak tunjuk? Beruntunglah kita andai dapat memahami, namun alangkah rugi andai sekadar memandang sepi. Ya, memang sudah ajal mereka, tiada apa yang dapat kita buat. Yang pergi akan tetap pergi. Tapi pernah tak kita rasa yang selepas ini mungkin orang yang lagi dekat dengan kita, ahli keluarga kita mungkin. Atau pernah tak kita rasa mungkin 'nombor giliran' kita pula lepas ni? 

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. (Muhammad,47:36)"
Dunia ni hanyalah permainan. Saat dilahirkan, kita bermula. Langkah demi langkah kita maju, adakalanya kita ke depan, mengatasai yang lain. Dan adakalanya kita rebah. Bila kita gembira, kita ketawa, bila kita sedih kita menangis. Masa terus berjalan hinggalah sampai pada satu level> TAMAT<. Bila game dah habis, yang kalah akan menangis dan yang menang akan bersorak gembira.
Nak jadi yang KALAH ke yang MENANG?


Setiap kita pasti ada jawapan masing2 kan.
Kalau tanya gungun, pasti la nak MENANG desssssu!!!=)
Macamana agaknya boleh menang.. Jom kita tengok balik..
"...Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi..".
 (Al-Baqarah,2:30)

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku." 
 (Az-Zariyat,51:56)
Sang Pencipta mencipta kita untuk beribadah padaNYA dan menjadi khalifah di bumiNYA..
Menjadi baik sorang2,maksudnya solat,solat sunat, puasa, pergi masjid dan sebagainya, belum cukup untuk menjadi tiket ke syurgaNYA. 
Semoga di saat kaki kita ingin menjengah syurga, tiada tangan2 yang menahan.
Semoga kita mampu mencapai mardhotillah(REDHA ALLAH), insyaALLAH..

Allahualam..



Tuesday 2 February 2010

Untukmu Teman

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-Araf:34)..


Innalillahiwainnahilahirajiun..
Dari DIA kita datang kepada DIA jua kita kembali...


Andai semalam aku gembira menerima kehadiran salji pertama di sini bagi tahun ini, hari ini airmata mengiringi pemergian seorang sahabat..
Tiada siapa sangka, beliau akan pergi dulu, meniggalkan kami di dunia sementara ini..
Tiada siapa sangka, beliau dulu yang banyak meninggalkan kenangan di sekolah, pergi dulu tanpa menanti kita..


Edah,
Mungkin sudah terlambat untuk lidah meluahkan,
Mungkin sudah terlewat untuk ku katakan,
Bahawa aku menyayangi mu kerana DIA,
Aku mencintaimu kerana DIA,
Persahabatan kita adalah kerana DIA,
Pertemuan kita dalah kerana DIA,
Dan perpisahan kita jua adalah kerana DIA..
Tapi, kau dulu pergi mengadapNYA..
Betapa DIA menyayangimu sahabat..
Ku doakan semoga pertemuan akan kembali terjadi..
Di SYURGA nan ABADI..
InsyaALLAH...


Semoga arwah tenang di sana.. AL-FATIHAH..


Rahedah (SBPI PEKAN 2004-2005) We`ll miss u forever sayang..

Monday 1 February 2010

S.N.O.W

Tidakkah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara [bagian-bagian]nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah [juga] menurunkan [butiran-butiran] es dari langit, [yaitu] dari [gumpalan-gumpalan awan seperti] gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya [butiran-butiran] es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.
 (An-nur,24:43)

sempena salji yang sedang turun..alhamdulillah atas nikmatMU yaALLAH :)



Kita MANUSIA



Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] untuk orang-orang yang beriman. 
 Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran [di muka bumi] terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] untuk kaum yang meyakini,
 dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi kaum yang berakal.  
(Al-Jasiyah,45:3-5) 

Butakah mata untuk memandang?


Butakah hati untuk merasa?


Apa guna akal andai tak mengerti?


Jangan jadi haiwan!!


Kerana kita MANUSIA,


Manusia bukan haiwan,


Haiwan bukan manusia.