Wednesday 28 April 2010

Densha(train=keretapi)

Mengapa aku begini? Mengapa aku semakin jauh? Mengapa hari2 ku berlalu begitu saja?
Mengapa?Mengapa?Mengapa????

Satu masa itu, betapa kurasakn kehangatan semangat yang tinggi,berkobar2 di hati,yang menggerakkan aku. Tapi mengapa kini, kian lemah,kian pudar? Di mana silapku? Di mana kurang?

Tarbiyah takkan berhenti,walaupun kita terdiam,walau kita tak mahu bergerak. Tapi yang akan merasai kerugian itu,pasti kita!!!!
Seringkali ku dengar,densha tarbiyah. Gerabak mana sekalipun, yang pertama atau yang terakhir,pastikan kita menaikinya. Jangan biarkan densha tu tinggalkan kita, sebab kalau kita tak naik,sampai bila pun kita takkan sampai destinasi. Andai kita naik di gerabak pertama,pasti kita yang akan dulu sampai. Dan jika kita naik gerabak terakhir,pastinya,kita yang akan jadi golongan terakhir yang sampai. Tentunya kita ingin jadi mereka2 yang pertama bukan?

Walau kita tak selembut khadijah
Walau kita tak sehebat abu bakar
Walau kita tak segarang umar,
namun kita jua mampu jadi penyumbang perjuangan ini!!!

Persoalannya..mahu atau tidak?
kita pasti ada jawapannya..

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (At-Taubah,9:41)

Tuesday 20 April 2010

dakwah kasih sayang

kita mengajak,bukan memaksa
kita memberi bukan untuk dibalas
andai kita disakiti,jangan di dendam
dakwah kita dakwah kasih sayang
semata2 kerana Sang Pencinta

Dia tahu apa yang terbaik..
semoga kita bukan dalam kerugian yang berpanjangan..
insyaAllah..

Saturday 17 April 2010

lupa

terkadang,kita mudah lupa
lupa pada Pencipta
lupa pada Pemberi
lupa pada Pemilik
.
.
.
.
.
.

tapi DIA
sentiasa ada memerhati
...

Wednesday 14 April 2010

apa itu cinta


cinta..
dulu ku xkenal cinta
selalu menafikan cinta
sering menidakkan cinta
kerna ku rasa
cinta akan tiba bila masanya
kini ku tahu adanya cinta
cinta tulus tanpa prasangka
cinta suci tanpa titik noda
cinta itu..
memberi aku sinar cahaya
menerangi jalan gelap gelita
membawa harapan setinggi menara
membuai rasa, membunga di jiwa
bila ku cari cinta itu
hati ku tenang
jiwa ku senang
sering airmata berguguran 
demi merayu cinta itu
demi menagih rasa tulus itu
aku bahagia dalam mencari
aku gembira dalam memberi
semuanya kerana cinta

cinta untuk kalian ku hulur
dari kalian jua ingin ku sambut
dalam perjuangan mencari cinta itu
cinta nan satu
tiada beda
tiada setara
hanya cintaNYA..

ku damba cintaMU ya RABB..

Wednesday 7 April 2010

cahaya

salam alaik..

Masa sentiasa berdetik tanpa menunggu walau sesaat jua. Tanpa sedar,kita ditinggalkan. untuk undur kembali, satu perkara yang mustahil.

Alhamdulillah,masa mengajar erti kedewasaan. Cabaran dalam menempuhi perjalanan hidup demi menyelesaikan hak2 Allah, banyak membantu membina satu kehidupan yang lebih bermakna.

Mungkin ramai lagi yang masih belum sedar, walaupun memahami, erti hidup ini. Di mana harusnya kita berada, ke mana harusnya hala tuju kita, ramai yang sudah mengetahui, namun ramai jua yang masih dalam dunia fantasi yang penuh dalam kejahiliyahan.

Jika dulu, aku jua pernah melalui zaman yang ku rasa zaman gelap, namun kini dengan izinNya ku temui cahaya2 yang mampu menyinari perjalanan hidup ini. Cahaya yang cukup menyentuh hatiku. Dan mereka2 yang membantuku menemukan cahaya itu amat ku sayangi, amat bermakna dalam hidupku.

Walau di mana jua mereka berada, amat ku ingin mereka tahu, bahawa mereka amat ku rindui, amat ku sayangi.
Masa berlalu, menemukan kami, dan masa jua berlalu memisahkan kami. Segalanya telah tertulis. Maha indah aturan Yang Maha Kuasa. Betapa aku amat mensyukuri segalanya..

Ku harap semangat ini tidak akan pudar, walau berjuta dugaan harus ku lalui. Sudah satu ketetapan, dakwah itu penuh dengan ujian. Ujian itu hadir kerana Dia menyayangi hamba2 NYA. Ujian itu datang kerana DIA ingin kita bersamaNYA sentiasa. Dan tidak akan pernah DIA memberi ujian yang bukan dalam kemampuan hamba2NYA.

Dan aku ingin tetap pada rasa ini, apapun yang aku lakukan, aku ingin lakukan kerana DIA. Demi hanya kerana DIA..insyaAllah..