Saturday 27 March 2010

aku ingin kekuatan

aku ingin kekuatan.
kekuatan seorang daei.
dalam membentuk,membina.
berilah aku kekuatan ya Allah.
kurniakan aku sahabat2 yang sentiasa menyokongku.
aku rindu pada mereka..

Wednesday 24 March 2010

indahnya rasa itu

Allah menganugerahkan satu rasa pada manusia, rasa yang cukup istimewa.
Kasih sayang.
Saat aku merasai rasa itu,aku rasa cukup bahagia. Cukup berbunga. Aku belajar merindui. aku belajar menyayangi.
Saat kedukaan,aku mengerti apa itu pujukan. aku mampu memberi dan aku mampu menerima. Mungkin tidak sehebat mereka yang hebat, tapi aku tetap ingin memberi.
Allah kurniakan ku rasa nan indah ini. Aku rasa cukup bahagia. Saat dilukai, saat dikecewakan, itu semua cabaran dalam menyayangi. Namun aku bersyukur kerana aku memiliki kasih dan sayang serta aku mampu memberi rasa yang sama, insyaAllah.
Kasing sayang.
Aku sayang mereka.
Insan2 yang sentiasa bersama ku.
Di alam realiti, jua di alam maya berteknologi.
Ku gembira kerna ku mampu menyayangi.
Ku bahagia kerna rasa disayangi.
Ku tak mahu kasih ini dikotori, sayang ini dicemari.
Oleh hal2 duniawi.
Ya Allah, redhailah ukkhuwah antara kami.
Kami bertemu, kami bersatu hanya dengan izinMU dan jua hanya kerana MU.
Dan kami jua akan berpisah, dengan izinMU dan jua hanya kerana MU.


Uhibbuki fillah abadan abada.
Jazakumullahhu khairan kathira.
Ya ukhti..

Monday 22 March 2010

hanya DIA yang lebih tahu

Kadangkala sukar untuk kita luahkan sesuatu. Sangat ingin meluahkan,namun lidah kelu berbicara. Pabila berbagai2 perkara terjadi, pelbagai ujian, bermacam pengalaman hidup ku tempuhi, terus ku sedar, apa yang hadir ini adalah antara cabang2 tarbiyah dari Dia, Sang Murabbi Teragung.


Mungkin hari ini, aku rasa gembira, mungkin semalam ku rasa kecewa, mungkin saat ini ku terluka dan mungkin hari esok ku tersangat gembira. Apalagi yang ku mahu selain kepelbagaian perasaan ini? Uniknya sang hati, kerana bisa merasai semua perasaan ini. Indahnya hidup ini andai rasa2 ini mampu diterjemahkan sebagai alat2 dalam proses pentarbiyahan hati.


Mungkin saat ini aku rasa akulah manusia paling baik, akulah manusia paling harus dipuji. Sedangkan aku tidak sedar, padahal akulah manusia paling jahat dan paling dibenci. Rasa takbur juga mampu menguasai sang hati bila2 masa. Mampukah kita menerjemahkan rasa itu sebagai alat tarbiyah? Tidak sanggup aku menjadi saudara si iblis, yang pertama2 memperkenalkan rasa dahsyat ini>sombong takbur.


Aku bersyukur Sang Murabbi Teragung memilih aku berada di alam ini. Menempatkan aku bersama mereka yang mampu mendidik sang hati ini. Dan pabila aku tersedar, aku juga ingin mengejutkan mereka yang masih lagi lena ketiduran, tapi kadangkala aku rasa aku tiada kemampuan. Kita tahu apa yang betul, dan kita mengerti apa yang tidak betul. Sang Murabbi telah kurniakan dua pilihan jalan,untuk kita susuri di bumi sementara ini.


Yang manakah yang menjadi pilihan sang hati? Jalan kebaikan atau sebaliknya? Terkadang kita merasakan yang kita sudah menjadi manusia paling baik, memilih jalan yang paling betul, tapi adakah amal perbuatan kita tergolong dalam isi2 di lorong kebaikan itu? atau kadangkala bercampur dengan isi2 yang berada dalam lorong kejahatan?


Selagi kita masih punya masa, izinkan hati kita untuk merasa, benarkan akal fikiran kita untuk menelaah setiap apa jua perasaan kita, setiap apa jua amal perbuatan kita, dan setiap apa jua jalan pilihan kita..


Dan sesungguhnya hanya Sang Murabbi Teragung mengetahui segalanya..

Saturday 20 March 2010

Jaulah kami 2

Thursday 18 March 2010

Jaulah kami

Alhamdulillah.. berakhirnya satu jaulah yang sangat2 bermakna dalam hidupku. bermula dengan izinNya dan berakhir jua dengan izin dan rahmat dariNYA..

Dari bumi sakura kami terbang, singgah di satu bumi yang sangat asing,yang pertama2 mentarbiyah hati kami dalam misi jaulah ini. Di Moscow airport,kami di uji pelbagai ujian,yang banyak menguji kesabaran hinnga terlahir kata2 kasar dari bibirku sendiri.Astaghfirullahal'azim..Jazakillah buat sisters yang kembali membawa diri ke alam pentarbiyahan, menyejukkan kembali hati2 yang sedang membara ketika itu.

Dari tanah Moscow, kami terbang ke kota London. Betapa hati begitu girang pabila kaki dijejak ke kota impian. Namun, bukan itu tujuan pengembaraan.tapi hanya kerana DIA, kami berpergian.
Di London, sungguh kami dikejutkan dengan suatu yang sangat berbeza dari bumi sakura ini. Islam di mana2. Betapa UA bukan lagi sekadar impian yang nampak di atas kertas, bukan lagi angan2 masa depan yang masih jauh, dan bukan lagi perkara mustahil. Islam mampu mencapai UA!!! di London, kami melihat komuniti islam di mana2, pelbagai bangsa, bermacam warna kulit, berlainan bahasa. Tapi keyakinan yang satu. ALLAHUAKBAR!!
Masuk ke kedai souvenier di Bayswater, terdengar alunan ayat2 Quran. Membuka pintu kedai makan. lagi alunan ayat2 Quran, di dinding2 bangunan,terlihat 'contengan2' yang sangat bermakna, Allah dan pesuruhNYA Muhammmad..MasyaALLAH..Subhanallah..
Dari London, kami ke Leeds. Betapa berbeza dengan bumi jepun,daerah kiryu ni. Betapa kehangatan ukkhuwah sangat terasa. Betapa setiap senyuman sisters di sana, sangat ikhlas, demi Ar-Rahman.
Dari Leeds, kami ke Birmingham. Terharu kepada mereka yang sanggup menuggu kami sampai walaupun sudah lewat malam, dan sangggup menyediakan juadah yang sangat sedap:)
Kemudian kami terbang lagi ke Dublin, Ireland. Sungguh, sangat berbeza. Pelukan dari sisters di sana, kehangatan senyuman, layanan yang sangat begitu baik, pertama kali berjumpa, seolah2 sudah lama mengenali. Sungguh suasana pentarbiyahan yang sangat hebat.

Bila kembali ke bumi sakura, betapa aku rindukan suasana islan di sana. Tapi aku sedar, DIA telah tetapkan aku di sini, penyumbang tenaga pada mereka di sini.
Betapa aku merindui ukhti2 jaulah ini. Betapa rasa kasih itu begitu mendalam. Sungguh hebat semangat mereka. Sungguh terkesan dengan kasih sayang mereka.
Mungkin langkah aku baru bermula, kerana lewat untuk menyedari, tujuan aku sebagai manusia. Tapi aku tetap ingin bermula, walau banyak cabaran menanti. aku ingin menyedut semangat2 mereka di UK, di Ireland, dan semangat sisters jepun ku juga. Aku ingin bergerak, aku ingin berbakti dan aku tak mahu menjadi manusia yang rugi.

Sahabat..
Sesungguhnya, kita bertemu dan berpisah keranaNYA..
Betapa aku bersyukur mengenali kalian
Betapa aku bersyukur bersama kalian di medan dakwah ini
Seandainya Al-Khaliq menakdirkan kita mati, biarlah kita mati sebagai syuhada'
Tugas kita sebagai khalifah juga sebagai hambaNYA jangan dilupa
Mungkin futur akan menyinggahi hati2 kita
Jangan layaninya, salinglah kita ingat mengingati
Betapi kalian amat ku rindui..

~jom cari redha ILAHI~

Wednesday 10 March 2010

Coretan di bumi Dublin

Duhai Pemilik Hati
Terima kasih atas nikmat hari ini
Syukur atas tarbiyah ujian yang Kau hulurkan
Setiap nafas kami
Hanya padaMu direlakan
Sejuta harapan diazamkan
Setinggi tawakal kami panjatkan
Hanya padaMu pemilik hati2 ini.


coretan titipan dari bumi Dublin..

Semoga ukhti2 ku cepat sembuh=)
perjalanan kits masih jauh di hadapan...

Saturday 6 March 2010

monolog

Dengan Nama Allah...

Langkah demi langkah aku bergerak
Mencari sesuatu yang aku dambakan
Sesuatu yang sukar aku capai
Namun aku tak ingin mengalah
Ingin terus mencuba
Membaiki usia yang semakin layu
Menghiasi hati dengan keindahan iman
Bersama mereka yang ingin bersama
Menyusuri lorong tarbiyah hati
Meniti titian dakwah nan suci
Demi hanya kerana Pemilik hati ini..


Monolog hati dalam sebuah bilik di Leeds bersama mereka.. cik xxx, cik iii, cik hanim,cik Dila, cik wahee, cik silah, cik gungun=)

Monday 1 March 2010

Nak departure dah

Salam alaik..
Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah.. aku masih dikurniakan nyawa untuk terus berjuang. Tapi sejak kebelakangan ni, aku terasa sangat jauh dariNYA. Seakan2 aku sedang melupakanNYA.
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Mungkin keadaan yang sedang bercuti membuatkan aku alpa. Mungkin hati masih belum teguh dalam memberi keimanan.Mungkin diri tak kuat melawan godaan dunia..
Ya Allah, bawalah aku kembali di jalanMU..
Ya Allah..

InsyaAllah esok jam 1.05 petang, aku akan berlepas ke bumi London. Impian ku sejak sekolah menengah untuk menjejakkan kaki ke London. Tapi kenanpa ye? Entah la.Hohohooo
InsyaAllah, semoga jaulah ke bumi Europe akan lebih mendidik aku, lebih membantu aku dalam proses tarbiyah ini. Semoga setiap langkah setiap detik aku dan ukhti2 ku mendapat rahmat n redha dariNYA. Semoga kami sentiasa di bawah lindunganNYA..

ukhti2 UK n Ireland, wait for us neee=)
rombongan dari bumi sakura, insyaAllah..