Monday 14 December 2009

Aku ingin mencintaiMU

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu
denganMU ya Rabbi

lirik nasyid Aku ingin mencintaiMU by edcoustic

Saturday 14 November 2009

Tersedar

Bismillahirahmanirrahim..
salam..

Hari ni alhamdulillah dapat habiskan 1program dgn junior tahun 1. Walaupun 1st time buat kami wat prgrm mcm ni sndr,tp alhmdllah Allah mudahkn kami,lancarkan lidah kami, dan bantu kami. ALhamdulillah..Betul la kan,DIA akan bantu sape2 yang bantu agamaNYA,insyaALLAH..

Hari ini jg aku tersedar yg masih banyak lagu kekurangan aku.Masih byk lagi perubahan yang aku perlu lakukan. HATI>> Hati aku masih lagi keras untuk terima apa yang sepatutnya aku terima. Mungkin dr luar org nmpak baik je,tp sebenarnya,baru aku tahu,aku bkn la sebaik yg orang fikirkan,yg org lihat.

Untuk memahami DEEN ku yang sebenar,bukan saja DEEN aku,tp DEEN utk org lain jg, HATI mesti betul.HATI mesti sedia dan terbuka. Hari ni,bukan saja aku dpt mengajar org,tp diri aku jg byk rs kesannya. ALLAH MASIH SAYANG AKU>>

Selama ni aku jadi orang leka,org lalai, aku sedar sume tu,tp aku sedar bukan kesedaran dari HATI. Mungkin kesedaran hanya pada fikiran je.
YA ALLAH,aku bermohon semoga KAU tetapkan HATI ku,ISTIQAMAH kan aku,semoga aku xlalai lagi pd hari2 mendatang..YA ALLAH>>

Dan sungguh,akan KAMI isi neraka JAHANAM banyak dari golongan jin dan MANUSIA. Mereka memiliki HATI tetapi tidak dipergunakan untuk memahami(ayat2 ALLAH) dan mereka mempunyai mata tapi tidak dipergunakan untuk melihat(tanda2 kekuasaan ALLAH) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat2 ALLAH). Mereka SEPErTI HAIWAN TERNAK,bahkan,lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah.
(7:179)

Aku bukan Haiwan ternak,kita bukan haiwan ternak. Kita ada akal,kita ada hati(roh).
Tujuan kita pada yang SATU je,pada DIA yANG MAhA KUaSA.
ALLAHUAKBAR...

Sunday 1 November 2009

Semakin mancabar

SALAM..

Hemm,memang xde masa nk update.tp xpela..
entah la nk tulis ape.cuma skrg nk byk sgt dugaan rsnye yg dtg.
dengan skrg ni cpt sgt kecik ati,mudah sangat terasa.tup2.aku jugak yg sedih sensorg..
tp aku tau ni ujian utk aku.untk melihat setakat mana aku ni tabah dan serius.
INSYAALAH aku cuba lawan dan jadikan cabarn ini motivasi utk aku..
kawanku pun slalu bg nasihat,slalu bg sokongan kat aku..
terima kasih sangat2..
xlupa pada YANG MENCIPTA..hanya pada DIA jua tempat pergantungan segalanya..

Thursday 22 October 2009

Salam..

Lama xupdate,xde masa sebenarnya n xde idea..
Emm,ujung minggu lepas,alhamdulillah selamat wat open house kt umah ktrg TOBU EXE.
Pastu agak sibuk ngan repoto yang xtau nak wat cane.
memang dugaan sangat rasanye.sepanjang hmpr 2thn kt sini,rsnye hebat jgk cabaran repoto kali ni.mayb becoz 1st time kot wat repoto bio pnye experiment.
Sampai nangis terisak2.teruk sangat rasa.
Tapi bila pk2 balik,dugaan org lain lg hebat.ni baru sikit DIA nak uji aku,tp aku dah mcm ape dah..
TAdi baru lepas call ngn family kat umah.rndu sgt ngn diorg.ngn ma.ngn abah..

indah dunia hiasan sementara
indah pandangan itu
hanya seketika
xkan mampu abadi selamanya
ANDAI tiada ketentuan DARINYA
kasih yang suci penyeri hati
jiwa yang tulus menyemai rindu
HANYA pada YANG SATU

waa,ape yg aku bebel ni.xtau la.kepala rasa berat sangat.
ngantuk pun ade.tp test besok cane?

Monday 12 October 2009

kembali pulang..

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah,sampai hari ni DIA masih memberi peluang untuk aku hayati keindahan ciptaanNYA.SYUKUR..
Dah seminggu lebih aku pulang ke bumi sakura ni untuk sambung kembali sesi pengajian yang masih berbaki 2tahun setengah lagi ni. Dah masuk minggu kedua ni,dah mula sibuk ngan assingment. Agak penat,tambahan pula sekarang ni tangah diuji. dah masuk 5hari demam,tapi alhamdulillah,dah beransur baik.

Gembira sanagt tahun ni sebab dapat berpuasa dan berhari raya dengan family di kampung.
TAhun lepas beraya dalm kelas,tahun ni alhamdulillah..

Emm,alhamdulillah juga raya ke5 tempoh hari,aku selamat ditunangkan dengan seorang yang dikenali selama 3tahun.Namun,ikatan ni untuk berapa lama,masih lagi dalam perbincangan,memandangkan kami masih lagi belajar.Tapi semoga Allah mempercepatkan penyatuan kami dengan satu ikatan yang sah,amin..
"Ya tuhan kami,anugerahkanlah kami kepada pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami,dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertakwa."
[25,AL-FURQAN;74]

PUasa tahun ni alhamdulillah,dapat juga habiskan 30juzuk KALIMATULLAH.namun aku rasa banyak sangat kekurangan aku di bulan puasa tahun ini.
Mungkin sebab terlalu gembira ngn keluarga,hingga lupa siapa diri ni..
SUBHANALLAH...

Setakat ini dulu post kali ni,xde idea..

salam..

Friday 14 August 2009

Beberapa hari lagi

salam..

Hemm,post kali ini xtau nk cakap pasal apa.huhuuh..
Semalam,13hb ogos kamiwarga student malaysia di gunma ni pergi berkelah di pantai kat ibaraki. Program tu juga sempena majlis soubetsukai(perpisahan) abg Yus n Kak Yati sekeluarga yang akan pulang ke malaysia bulan 10 ni sebab dah tamat Phd dah. So,kami konvoi la beramai2.dekat 4jam lebih perjalanan. Tapi alhamdilillah,semua selamat sampai n selamat juga pulang.

Lagi beberapa hari,aku jaga akan terbang pulang ke MALAYSIA sempena cuti musim panas ni. Rasa xsabar sangat dah ni. Teringat nasi KERABu, nasi DagaNG, kerepok lekor semua,wahhhhh..xsabarnyeee..
Dan tahun ni sempat sambat 1ramadhan kat rumah n juga 1syawal.INSYAALLAH..
Rindu sangat dengan familyku..

Ini jela kot utk kali ni,xde idea lak nk tulis ape..
Tapi semoga kita semua dipanjangkan UMUR dan sempat merasai keBERKAhan RAMADHAN tahun ni.Sama2 kita memperbanyakkan AMALAN2 Sunat,baca KALAMULLAH,dan sebagainyA.
Kita ambil peluang ni untuk sama2 kita perbaiki diri kita.
Kita sama2 habiskan 30juzuk Al-QURAN ramadhan ni ye:)
INsYAALLAH..

"..Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.."
[Ar-Rad,13:11]

Monday 10 August 2009

GAGAL ke?

SALAM..
Setelah 2minggu menahan nafas jawab exam,esok tinggal lagi 1 paper je lagi. Yang lepas,xtau la nak cakap cane,boleh lepas ke x,aku TAWAKAL je. Usaha dah usaha kan,tinggal pengHARAPan padaNYA jela.

Bila cakap pasal PENGHARAPAN padaNYA,aku terfikir la sesuatu. Macamana pun result yang kita dapat,jangan berputus harap pada ALLAH. Dulu masa aku SPM, aku pernah xdapat capai target aku dalam trial exam spm. Kesannya,seminggu aku murung. MEnangis xhenti2.
Bila aku teringat balik,kenapa aku jadi macam tu. Dan minggu lepas,aku dapat tau aku kena reseat utk paper butsurikagaku(physical chemistry). Memang aku susah nak terima,sudahnya aku call parents kt kampung,nangis kat diorg.HUHUHUHUHU

Mungkin aku lupa, semua yang berlaku ni ada hikmahnya.TUHAN kan MAHA ADIL. DIA tahu apa yang BAIK dan BURUK untuk kita semua. Adakalanya,apa yang kita rasa baik utk kita,tp hakikatnya perkara tu xelok utk kita,sedangkan apa yg kita rasa xbaik utk kita,sebaliknya banyak manfaat yg kita dapat..
"...Tetapi boleh jadi kamu TIdAK MenYEnaNGI sesuatu,PADAHAL itu BAIK bagimu,dan boleh jadi kamu MENYUKAI sesuatu padahal itu TIdAK BAIK bagimu.ALLAH lebih MENGETAHUI,sedangkan KaMu TIDAK mengetahui."

[Al-BAQARAH,2:216]

Itulah hakikat sebenar yang kita xsedar pun kan. Pada kita,kejayaan tu la segala2nya,macam aku jugak la,tapi sebenarnya bila DIA berikan kegagalan kepada kita,itu yg sebenarnya yang TERBAIK utk kita. RENCANA ALLAH adalah sempurna. Dan kita perlu gunakan akal kita utk fikir tentang itu.

Dan lagi satu,jangan sesekali putus HARAPAN padaNYA. SEntiasa mohon RAHMATNYA,jgn sesekali putus harapan.
"...Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat ALLAH, hanyalah orang2 kafir."

[YUSUF,12:87]

Semoga aku akan jadi lebih baik lepas ni,dan kepada semua juga yang sudi membaca..

Saturday 1 August 2009

Syukur kerana dugaanMU

cabaran dan dugaaan
adalah hiasan kehidupan
suramnya hidup dengan dugaan
serinya hari dengan cabaran
tanpa cabaran
tanpa dugaan
siapalah kita
hanya boneka bernyawa?
tidak..tidak..tidakk
dicipta untuk satu tujuan
dipinjamkan nafas
dikurniai kenikmatan
namun
bersyukurkah kita?
sedikit dugaan menyinggah
secubit cabaran mendatang
mengapa mudah putus asa dituturkan?
mengapa mudah keluhan berhembusan?
mengapa mudah keyakinan memudar?
tidak akan kita mampu melihat
dunia nan indah
jika mengharapkan hidup
tanpa secalit kesusahan
DIA sentiasa bersama
DIA sentiasa melihat
DIA sentiasa menyayangi
DIA sentiasa memberi

dan kerana DIA juga
kita di sini...

Thursday 30 July 2009

Apa NIATku hari ni?

Bismillahirahmanirrahim..
salam..

Emm,hari ni habis 2 papers exam. Biochem n vektor.Alhamdulillah,walaupun biochem aku xdapat sempurnakan dengan baik,tapi aku tawakal hanya padaNya. Tadi dah cuba tahan,malangnya menitik juga walaupun setitik butir mutiara mataku.huhu:(

Mungkin banyak lagi yg xsempurna dalam usaha. Dan aku perlu tingkatkan dan tamapal mana yg masih kurangkan..

Apa2 yg kita nak buat,perlukan niat kan,macam dalam hadis 1:
"...sesungguhnya diterima AMaL perbuatan itu tergantung pada NIATnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia NiAtkan. Barangsiapa berHIJRAH kerana ALLAH dan RAsulNYa, maka hijrahnya akan diterima sebagai HIJRAH kERanA ALLAH dan RAsuLNYA, dan barangsiapa berhijrag kerana DuNIa atau wanita yang hendak di DInikaHInya, maka ia akan mendapati APa yang ia TUjU"


Ni belajar dalam usrah semalam (tq naqibahku:)). Untuk hasilkan niat yang baik/ihsan,perlu ada perkara2 ni:
* MURAQABATULLAH (pengAWASan ALLAH)
* IHsAn ALLAH

Dan apabila ada niat yg baik,perlu pula ada 3 perkara ni:
* niat yg ikhlas
* kerja yg baik
* penghabisan y baik

Dalam nak buat apa2 pun,niat paling pentingkan. tapi kita kena ingat juga yang niat juga tidak menghalalkan cara. Jangan jadi macam RObIN HoOD plak kan.
Musim exam ni,walaupun rasa niat dah baik,tapi banyak cabaran xleh jawab soalan dgn betul. Tapi aku xboleh mengalah. Mesti ada yg DIA nak tunjuk kat aku kan.
Banyak lagi yg perlu aku belajar,lebih2 lagi ilmu utk bekalan akhiratku. Masih terlalu lemah lagi.Tapi aku harap la,kita semua walaupun sibuk dengan exam macamana sekalipun, xkan lupa siapa kita,dan kita apa tujuan kita diCIPtA, xkan lalai dengan kewajipan kita. InsyaALLAH..

"..dan barangsiapa bertawakal kepada ALLAH,niscaya ALLAH akan mempercukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusanNya.Sungguh ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
[At-Talaq,65:3]

BerJUANG sampai habis!!:)

Tuesday 28 July 2009

Bintang itu..

bintang itu satu hiasan..
yang dipersiapkan oleh Sang Pencipta..
untuk makhluk2 ciptaanNYA..
indah dipandang..
namun sukar digapai..
melihat kerlipan2 itu..
hati tenang..
jiwa tenteram..
redanya perasaan yg bercelaru..
menghayati 1 dalam jutaan..
ciptaan Maha Agung..
bintang yang indah itu..
mampu menerbitkan senyuman..
yang sehari2 sukar dilihat..
sukar dirasa..
senyuman tulus ikhlas..
bintang nan indah itu..
sentiasa di situ..
menghiasi kegelapan langit malam..
indahnya ia sukar dibandingkan..
menyejukkan pandangan mata..
kuasa Maha PENGASIH..
semoga hati kita juga..
sentiasa indah dihiasi nur ILAHI..
menenangkan..
menggembirakan..
tanpa sedikit jua kecelaruan..
sentiasa berkelipan..
dalam meniti pentas kehidupan..

Monday 27 July 2009

internet vs al-quran

salam..
emm,semalam n separuh hari ni,internet kt umah ku xjadi.server down.bukan rumahku je,rupa2nya,seluruh apato ni. Dekat kul 3 ptg td baru ok balik..

Semalam sebelum tdo,aku terfikir,penting sangat ke internet ni? kalau internet xde,xleh nak hidup ke? Macam mana pulak kita anggap AL-QURAN? Manual hidup kita pulak tu,adakah kita boleh hidup kalau AL-QURAN xde?Rasanya kita ni,xde la aggap al-QURAN tu macam tu kan. Xnampak AL-Quran 1hari,xrasa ape2 pun kan.Tp internet xde sehari,dah macam cacing kepanasan dah?
Salah satu ghuzwatul fikr kan.

Al-Quran,manual perjalanan hidup kita di dunia persinggahan ni. Sepatutnya itu yg plg penting dalam hidup kita ni. Xkan kita boleh hidup tanpa al-Quran kan..
Aku pun baru tersedar..alangkah ruginya hidup ni,selagi nyawa masih lagi xberhenti,marila kita sama2,fikir balik. Di mana kitab al-quran kita sekarang? Dah lupa letak mana ke? Dah berapa kali kita khatam? Ramadhan dah semakin dekat,jom kita berazam,aqar ramadhan tahun ni sempat kita lalui dengan penuh makna.Jom kita cabar diri kita,habiskan 30juzuk dalam bulan ni jom:D

Saturday 25 July 2009

Pendatang baru

Bismillahhirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

emm..lepas baca blog kawan2,esp blog sourandsalt,terasa nak wat blog gak.
so, aku pn stat la ni.tq shbtku miss n..
tp xtau nk tulis ape lg..
for the 1st post ni,ni je la dulu kot.lgpn tgh exam:)

SubhanALLAH..
AlhamduliLLAH..
ALLAHuakbar...