Thursday 30 July 2009

Apa NIATku hari ni?

Bismillahirahmanirrahim..
salam..

Emm,hari ni habis 2 papers exam. Biochem n vektor.Alhamdulillah,walaupun biochem aku xdapat sempurnakan dengan baik,tapi aku tawakal hanya padaNya. Tadi dah cuba tahan,malangnya menitik juga walaupun setitik butir mutiara mataku.huhu:(

Mungkin banyak lagi yg xsempurna dalam usaha. Dan aku perlu tingkatkan dan tamapal mana yg masih kurangkan..

Apa2 yg kita nak buat,perlukan niat kan,macam dalam hadis 1:
"...sesungguhnya diterima AMaL perbuatan itu tergantung pada NIATnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia NiAtkan. Barangsiapa berHIJRAH kerana ALLAH dan RAsulNYa, maka hijrahnya akan diterima sebagai HIJRAH kERanA ALLAH dan RAsuLNYA, dan barangsiapa berhijrag kerana DuNIa atau wanita yang hendak di DInikaHInya, maka ia akan mendapati APa yang ia TUjU"


Ni belajar dalam usrah semalam (tq naqibahku:)). Untuk hasilkan niat yang baik/ihsan,perlu ada perkara2 ni:
* MURAQABATULLAH (pengAWASan ALLAH)
* IHsAn ALLAH

Dan apabila ada niat yg baik,perlu pula ada 3 perkara ni:
* niat yg ikhlas
* kerja yg baik
* penghabisan y baik

Dalam nak buat apa2 pun,niat paling pentingkan. tapi kita kena ingat juga yang niat juga tidak menghalalkan cara. Jangan jadi macam RObIN HoOD plak kan.
Musim exam ni,walaupun rasa niat dah baik,tapi banyak cabaran xleh jawab soalan dgn betul. Tapi aku xboleh mengalah. Mesti ada yg DIA nak tunjuk kat aku kan.
Banyak lagi yg perlu aku belajar,lebih2 lagi ilmu utk bekalan akhiratku. Masih terlalu lemah lagi.Tapi aku harap la,kita semua walaupun sibuk dengan exam macamana sekalipun, xkan lupa siapa kita,dan kita apa tujuan kita diCIPtA, xkan lalai dengan kewajipan kita. InsyaALLAH..

"..dan barangsiapa bertawakal kepada ALLAH,niscaya ALLAH akan mempercukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusanNya.Sungguh ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
[At-Talaq,65:3]

BerJUANG sampai habis!!:)

Tuesday 28 July 2009

Bintang itu..

bintang itu satu hiasan..
yang dipersiapkan oleh Sang Pencipta..
untuk makhluk2 ciptaanNYA..
indah dipandang..
namun sukar digapai..
melihat kerlipan2 itu..
hati tenang..
jiwa tenteram..
redanya perasaan yg bercelaru..
menghayati 1 dalam jutaan..
ciptaan Maha Agung..
bintang yang indah itu..
mampu menerbitkan senyuman..
yang sehari2 sukar dilihat..
sukar dirasa..
senyuman tulus ikhlas..
bintang nan indah itu..
sentiasa di situ..
menghiasi kegelapan langit malam..
indahnya ia sukar dibandingkan..
menyejukkan pandangan mata..
kuasa Maha PENGASIH..
semoga hati kita juga..
sentiasa indah dihiasi nur ILAHI..
menenangkan..
menggembirakan..
tanpa sedikit jua kecelaruan..
sentiasa berkelipan..
dalam meniti pentas kehidupan..

Monday 27 July 2009

internet vs al-quran

salam..
emm,semalam n separuh hari ni,internet kt umah ku xjadi.server down.bukan rumahku je,rupa2nya,seluruh apato ni. Dekat kul 3 ptg td baru ok balik..

Semalam sebelum tdo,aku terfikir,penting sangat ke internet ni? kalau internet xde,xleh nak hidup ke? Macam mana pulak kita anggap AL-QURAN? Manual hidup kita pulak tu,adakah kita boleh hidup kalau AL-QURAN xde?Rasanya kita ni,xde la aggap al-QURAN tu macam tu kan. Xnampak AL-Quran 1hari,xrasa ape2 pun kan.Tp internet xde sehari,dah macam cacing kepanasan dah?
Salah satu ghuzwatul fikr kan.

Al-Quran,manual perjalanan hidup kita di dunia persinggahan ni. Sepatutnya itu yg plg penting dalam hidup kita ni. Xkan kita boleh hidup tanpa al-Quran kan..
Aku pun baru tersedar..alangkah ruginya hidup ni,selagi nyawa masih lagi xberhenti,marila kita sama2,fikir balik. Di mana kitab al-quran kita sekarang? Dah lupa letak mana ke? Dah berapa kali kita khatam? Ramadhan dah semakin dekat,jom kita berazam,aqar ramadhan tahun ni sempat kita lalui dengan penuh makna.Jom kita cabar diri kita,habiskan 30juzuk dalam bulan ni jom:D

Saturday 25 July 2009

Pendatang baru

Bismillahhirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

emm..lepas baca blog kawan2,esp blog sourandsalt,terasa nak wat blog gak.
so, aku pn stat la ni.tq shbtku miss n..
tp xtau nk tulis ape lg..
for the 1st post ni,ni je la dulu kot.lgpn tgh exam:)

SubhanALLAH..
AlhamduliLLAH..
ALLAHuakbar...