Wednesday 8 February 2012

Duhai adikku..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Buat adikku, hidup kita ini hanyalah sebuah perjalanan. Bermulanya Dia mencipta ruh, bermulalah perjalanan kita. Destinasi kita?...sudah pasti adikku mengetahuinya.
Alangkah bosannya perjalanan kita andai kosong, tanpa corak yang mewarna. Bosan bukan andai dari destinasi A, hingga ke destinasi B, hanya putih kosong tanpa sebarang coretan lukisan yang menghiasi perjalanan itu.

Adikku,
Allah merangka perjalanan kita dengan pelbagai lukisan-lukisan warna. Sudah pasti ada yang kita akan gemari, dan akan ada yang kita tidak sukai. Tapi ketahuilah adikku, semua yang ditulis, semua yang dirangka pasti ada cerita disebaliknya. Cerita yang akan memandu kita meneruskan perjalanan itu.

Adikku,
Andai ada yang tidak kita gemari, yang tidak kita sukai, namun Allah tetap menghadirkan itu dalam hidup kita, ketahuilah adikku, itulah cara Allah mendidik kita menjadi hamba-Nya agar kita bisa berada dalam keindahan syurga-Nya kelak.

Adikku,
Andai duri yang sedang kau lalui sekarang, tempuhi jalan itu. Percayalah, jalan berduri itu pasti ada penghujungnya. Jangan adikku,jangan sesekali kau menyasar dari jalan redha-Nya. Jangan sesekali kau hilang kompas tujuanmu, hanya kerana tidak kuat untuk menempuh duri-duri itu.

Adikku,
Ketahuilah, kau tidak keseorangan. Kami juga ingin bersama. Bersamamu,memimpin tanganmu, agar kita bisa beradu di mahligai syurga Ilahi yang abadi. Jangan sedih, jangan lemah.. Allah jua bersamamu duhai adikku sayang..

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman." 
(Al-Imran;139)


Ikhlas dariku untukmu..

0 comments:

Post a Comment