Saturday 1 August 2009

Syukur kerana dugaanMU

cabaran dan dugaaan
adalah hiasan kehidupan
suramnya hidup dengan dugaan
serinya hari dengan cabaran
tanpa cabaran
tanpa dugaan
siapalah kita
hanya boneka bernyawa?
tidak..tidak..tidakk
dicipta untuk satu tujuan
dipinjamkan nafas
dikurniai kenikmatan
namun
bersyukurkah kita?
sedikit dugaan menyinggah
secubit cabaran mendatang
mengapa mudah putus asa dituturkan?
mengapa mudah keluhan berhembusan?
mengapa mudah keyakinan memudar?
tidak akan kita mampu melihat
dunia nan indah
jika mengharapkan hidup
tanpa secalit kesusahan
DIA sentiasa bersama
DIA sentiasa melihat
DIA sentiasa menyayangi
DIA sentiasa memberi

dan kerana DIA juga
kita di sini...

0 comments:

Post a Comment