Saturday 30 January 2010

Aku bukan mereka, mereka bukan aku

Astaghfirullah hal azim...

Hari ini aku banyak berfikir,banyak termenung,memikirkan sesuatu yang tiba2 aku rasa aku perlu fikir(padahal tengah exam.huhuhu). Hari ini aku banyak mencari blog2,membaca blog2 untuk ku cari sesuatu,yang aku ingin cari. Terima kasih paba penulis2 blog yang banyak membantu aku dalam pencarianku.

Apa yang aku cari?

Aku cari sesuatu untuk membantu aku. Semalam, lepas habis berusrah (kat joyful,sambil makan2 lagi.hihi), aku balik rumah dan menangis. Menangis kerana sesuatu. Aku cari teman2 seperjuanganku, untuk ku luahkan. Jazakillah untuk teman2 ku, miss na dan miss ni. Banyak bagi aku kata2 semangat dan dorongan.

Sesuatu. Sesuatu yang buat aku rasa lemah dan takut. Sesuatu yang buat aku rasa teruk. Semalam, aku terfikir, selama ni aku cuba berubah untuk menjadi lebik baik dari hari2 semalam, aku cuba mentarbiyah diriku, juga mereka di sekelilingku. Tapi aku lupa, manusia bermacam perangai. Mereka bukan aku, dan aku bukan mereka. Tapi aku gagal dalam berlapang dada. Aku ingin semua kemahuanku dituruti. Aku tak sedar,semua tu silap. Selagi aku begitu, matlamatku takkan tercapai.

Dan sewaktu pencarianku, ALLAH ketemukan aku pada banyak perkara untuk membantu aku. Dan apabila aku terbaca berkenaan analogi bola besi, teringat kembali pengisian oleh seorang sister dalam satu gathering dahulu. Dan alhamdulillah, aku mulai faham.

Dalam mentarbiyah diri,juga orang lain, paling penting terasnya. Dan teras itu adalah aqidah.
Kemudian diikuti hati,cara memahami barulah luarannya. Aku lupa tentang itu. Baik macamana luaran sekalipun, selagi aqidah tak betul, hipokrit la selama-lamanya..

Ya ALLAH.. bantulah aku dalam perjuangan di jalan ini..
Ya ALLAH.. lapangkanlah dadaku untuk setiap ujian dariMU..
Ya ALLAH.. Hanya KAU matlamat hidupku..

4 comments:

:::cebisanhatiku::: said...

Salam.
ok..baru sy fhm ym awk smlm.
gomen sgt2 xreply.
sy xtaw awk tgh bersedih tp hati sy yakin mengatakan kawan sy ni tgh berdukacita senanye.
call jela saya bila2 taw...
xkesah...
sgt2 sudi menjadi pendengar setia.
jgn sedih sorang2 dah taw lain kali...
kalau tak, awak akan jadikan saya rasa bersalah menjadi sahabat awak tapi xmampu nak berkongsi suka dan duka..:(

humaira said...

hhuhuh..bersalah lak rasa..
time susah je cari kamu kan.tidak2..
sayang kamu:)

[MH] said...

Allah, takkan biarkan hamba-hamba Dia yang sentiasa berusaha mencari hidayah dan rahmatNya.

Jangan berhenti dari mencari. Jangan mudah lemah dalam mencari Tuhan kita :)

Rabbuna Yusahhil!

p.s: salam taaruf dari bumi anbiya :)

Regards,
fathiyyah

humaira said...

jazakillah sis..

insyaAllah, pencarian ini xkan berhenti:)

semoga sisi leh bagi tunjuk ajar:) salam ukkhuwah dari bumi sakura:):):)

Post a Comment