Wednesday 7 April 2010

cahaya

salam alaik..

Masa sentiasa berdetik tanpa menunggu walau sesaat jua. Tanpa sedar,kita ditinggalkan. untuk undur kembali, satu perkara yang mustahil.

Alhamdulillah,masa mengajar erti kedewasaan. Cabaran dalam menempuhi perjalanan hidup demi menyelesaikan hak2 Allah, banyak membantu membina satu kehidupan yang lebih bermakna.

Mungkin ramai lagi yang masih belum sedar, walaupun memahami, erti hidup ini. Di mana harusnya kita berada, ke mana harusnya hala tuju kita, ramai yang sudah mengetahui, namun ramai jua yang masih dalam dunia fantasi yang penuh dalam kejahiliyahan.

Jika dulu, aku jua pernah melalui zaman yang ku rasa zaman gelap, namun kini dengan izinNya ku temui cahaya2 yang mampu menyinari perjalanan hidup ini. Cahaya yang cukup menyentuh hatiku. Dan mereka2 yang membantuku menemukan cahaya itu amat ku sayangi, amat bermakna dalam hidupku.

Walau di mana jua mereka berada, amat ku ingin mereka tahu, bahawa mereka amat ku rindui, amat ku sayangi.
Masa berlalu, menemukan kami, dan masa jua berlalu memisahkan kami. Segalanya telah tertulis. Maha indah aturan Yang Maha Kuasa. Betapa aku amat mensyukuri segalanya..

Ku harap semangat ini tidak akan pudar, walau berjuta dugaan harus ku lalui. Sudah satu ketetapan, dakwah itu penuh dengan ujian. Ujian itu hadir kerana Dia menyayangi hamba2 NYA. Ujian itu datang kerana DIA ingin kita bersamaNYA sentiasa. Dan tidak akan pernah DIA memberi ujian yang bukan dalam kemampuan hamba2NYA.

Dan aku ingin tetap pada rasa ini, apapun yang aku lakukan, aku ingin lakukan kerana DIA. Demi hanya kerana DIA..insyaAllah..

0 comments:

Post a Comment