Wednesday 28 April 2010

Densha(train=keretapi)

Mengapa aku begini? Mengapa aku semakin jauh? Mengapa hari2 ku berlalu begitu saja?
Mengapa?Mengapa?Mengapa????

Satu masa itu, betapa kurasakn kehangatan semangat yang tinggi,berkobar2 di hati,yang menggerakkan aku. Tapi mengapa kini, kian lemah,kian pudar? Di mana silapku? Di mana kurang?

Tarbiyah takkan berhenti,walaupun kita terdiam,walau kita tak mahu bergerak. Tapi yang akan merasai kerugian itu,pasti kita!!!!
Seringkali ku dengar,densha tarbiyah. Gerabak mana sekalipun, yang pertama atau yang terakhir,pastikan kita menaikinya. Jangan biarkan densha tu tinggalkan kita, sebab kalau kita tak naik,sampai bila pun kita takkan sampai destinasi. Andai kita naik di gerabak pertama,pasti kita yang akan dulu sampai. Dan jika kita naik gerabak terakhir,pastinya,kita yang akan jadi golongan terakhir yang sampai. Tentunya kita ingin jadi mereka2 yang pertama bukan?

Walau kita tak selembut khadijah
Walau kita tak sehebat abu bakar
Walau kita tak segarang umar,
namun kita jua mampu jadi penyumbang perjuangan ini!!!

Persoalannya..mahu atau tidak?
kita pasti ada jawapannya..

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (At-Taubah,9:41)

2 comments:

"eZa" said...

terpanggil utk komen..dari post anda diatas saya merasakan saya juga berada disituasi yang sama dgn anda..tapi mungkin anda sudah lebih maju selang atau 2,3 langkah dari saya..teringin utk mengetahui caranya..kalau x keberatan.

humaira said...

salam eza..

maaf baru kini nak jawab soalan eza tu.huhuhu

emm, jgn putus asa dgn rahmat Allah ye.
jalan tarbiyah ni xmudah, akan sentiasa ada cabarannya, tapi jgn sesekali kita tinggalkan tarbiyah ni.
Allah jadikan macam2 dugaan utk kita, kerana ingn menguji kita, kerana ingin membersihkan kita.(al-maidah, ayt 6), (al-ankabut,ayt 2)

ganbatte;)

Post a Comment