Monday 23 January 2012

apa sedang terjadi?

Sudah beberapa hari saya mengalami sakit perut yang tidak diketahui kenapa.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya sangat berharap saya akan menjadi ibu. Usia perkahwinan sudah hampir menjangkau satu tahun, namun belum ada tanda-tanda rezeki itu lagi.
Allah punya perancangan terbaik bukan?;)

Setiap kali melihat kawan-kawan yang bakal bergelar ibu, dan kawan-kawan yang sudah bergelar ummi abi, terasa sungguh seronok, dalam masa yang sama cemburu^^. Semoga mereka sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah dari Ilahi..

Hari ini terbaca satu blog seorang doktor berkenaan pregnancy dan miscarriage. Alhamdulillah banyak perkara yang belum diketahui, kini tersimpan dalam kotak memori.

Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk hamba-hamba Nya, mungkin ada yang datang dikala doa diucap, dan adakalanya datang setelah terasa penat menadah tangan. Jangan memaksa DIA, kerana DIA lebih mengetahui keperluan makhluk ciptaan Nya. Teruskan meletak harapan hanya pada DIA, sentiasa selamanya.
Kun Fayukun! DIA hanya perlu menyebut perkataan itu bila-bila saja yang DIA kehendaki, maka terjadilah sesuatu perkara itu. Tunggulah, usahalah, tawakallah, insya-Allah rezeki dari Nya pasti akan datang.

Kini saya sedang bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.

Allah lebih mengetahu isi hati setiap hamba-hambanya.

0 comments:

Post a Comment