Friday, 27 January 2012

Insyirah

Dulu.. di saat diri ini disentuh sentuhan lembut tarbiyah dari Allah swt melalui seorang kakak yang cukup tinggi wawasan, terasa sangat bertuah. Bersama-sama 3orang adik-adik yang berlainan perangai dan tingkahlaku, kami dididik tanpa penat oleh dia. Dia seorang ibu, dia seorang kakak.

Namun, setelah dia pulang kembali meneruskan tugas di tanahair tercinta, kami bagai terkapai-kapai di sini. Mungkin kami terlalu manja hingga tidak mampu mengurus tarbiyah sendiri. Namun saat melepaskan dia pulang, hati ini terasa bagai disiat-siat.

Dan aku di sini, meneruskan tugas seorang khalifah.Namun mungkin belum tertunai tanggungjawab itu sepenuhnya.

Masa beredar, detik berlalu tanpa menunggu penghuni dunia. Dan sekali lagi aku bagai hilang arah, bila terpaksa kulepaskan anak-anak yang banyak menjadi sumber kekuatanku.

Ya, yang hilang pasti berganti, yang patah pasti tumbuh kembali. Tapi aku menyayangi mereka..

Insyirah..
Biar di mana jua kalian pergi,
Semoga kalian dalam rahmat Ilahi.
Insyirah,
Terima kasih untuk kenangan,
Yang tidak mungkin dilupakan.
Insyirah,
Teruslah membesar,
kejar la dunia, biar jadi bekal akhiratmu.
Insyirah,
Jangan kalian berhenti,
Selagi belumnya berakhir bumi ini.
Insyirah..
Maafkan diri ini,
Mungkin banyak kekhilafan,
yang sedar jua tidak.
Maafkan kekurangan diri ini..

Insyirah..
ketahuilah, hati ini sentiasa mecintai kalian..

Thursday, 26 January 2012

Insya-Allah.

Siang makin beransur hilang, datang cahaya merah memancar bukit bukau di hadapan pandangan. Sambil mendengar lagu Insya-Allah nyanyian Maher Zain, tangan menaip thesis, akal sibuk memandang tulisan-tulisan kanji jepun yang tidak berkesudahan..

Insya-Allah..
Apa jua yang Dia sediakan untukmu,
sukar atau senang, pasti ada manis dan pahitnya.

Insya-Allah..
Mungkin hari ini, kau rasa ujian itu tersangat berat,
namun ketahuilah Dia sentiasa ada untuk mendengar rintihanmu.

Insya-Allah..
Setiap susah itu, ada senangnya.
setiap yang bermula pasti ada akhirnya.

Insya-Allah..
Teruskan pengharapanmu pada Dia,
jangan lemah dengan bisikan syaitan yang memperdaya.

Insya-Allah..
Tenang itu pasti milikmu,
andai bukan hari ini,
pasti esok ia datang menghampiri.

@uenolab.

Tuesday, 24 January 2012

Hadis logam

Logam..
Tidak mudah patah.


Logam..
Tidak mudah bengkok.

Logam..
Boleh dilentur.

Logam..
Boleh digilap.

Manusia ini ibarat logam. Berubah mengikut cara dilentur, berubah mengikut cara digilap. Logam yang baik, walau di mana dicampak sekalipun, pasti tetap baik.

“عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: تجدون الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا، وتجدون خير الناس في هذا الشأن أشدهم له كراهية، وتجدون شر الناس ذا الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه ويأتي هؤلاء بوجه
(حديث رواه البخاري ومسلم)
Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w berkata : Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).
Kita bagaimana?
Logam yang bermutu?

Allah tidak memerlukan kita, andai kita ingin terus berada dalam jahiliyah yang sama,
tapi kita sudah pastinya memerlukan DIA.
Kalau di dunia kita rasa bebas hidup cara jahiliyah, akhirat kita bagaimana?

Allah jua yang lebih mengetahui.

Monday, 23 January 2012

apa sedang terjadi?

Sudah beberapa hari saya mengalami sakit perut yang tidak diketahui kenapa.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya sangat berharap saya akan menjadi ibu. Usia perkahwinan sudah hampir menjangkau satu tahun, namun belum ada tanda-tanda rezeki itu lagi.
Allah punya perancangan terbaik bukan?;)

Setiap kali melihat kawan-kawan yang bakal bergelar ibu, dan kawan-kawan yang sudah bergelar ummi abi, terasa sungguh seronok, dalam masa yang sama cemburu^^. Semoga mereka sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah dari Ilahi..

Hari ini terbaca satu blog seorang doktor berkenaan pregnancy dan miscarriage. Alhamdulillah banyak perkara yang belum diketahui, kini tersimpan dalam kotak memori.

Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk hamba-hamba Nya, mungkin ada yang datang dikala doa diucap, dan adakalanya datang setelah terasa penat menadah tangan. Jangan memaksa DIA, kerana DIA lebih mengetahui keperluan makhluk ciptaan Nya. Teruskan meletak harapan hanya pada DIA, sentiasa selamanya.
Kun Fayukun! DIA hanya perlu menyebut perkataan itu bila-bila saja yang DIA kehendaki, maka terjadilah sesuatu perkara itu. Tunggulah, usahalah, tawakallah, insya-Allah rezeki dari Nya pasti akan datang.

Kini saya sedang bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.

Allah lebih mengetahu isi hati setiap hamba-hambanya.

Friday, 20 January 2012

saya tidak bermaya

Hidup ini bukan selalu indah, bukan selalu best.
Namun bersyukurlah dengan apa jua yang Dia tentukan.

Hari ini, alhamdulillah dengan berbekal sedikit semangat saya datang lab lebih awal sikit daripada biasa. Perlu ambil data NMR. Tertunggu senior datang, tapi tiada juga kelibat. Alhamdulillah Allah hantarkan senior lain untuk bantu ambil data-data tersebut.

Hari ini, jam 4 petang, tetiba saya rasa sangat tidak bermaya. Takungan airmata seakan ingin mencurah-curah, tapi lab bukan tempat untuk itu.
Saya solat. Mohon ampun pada DIA, agar ditenangkan hati. Pasti hari ini banyak dosa yang tidak disedari.
Usai maghrib, masih juga berperasaan begini. Terpanggil untuk luahkan di sini.

Kita manusia biasa, kita bukan robot. Kita bukan diprogramkan oleh jahiliyah dunia. Apa jua kita buat, elok direnung kembali. Adakah itu satu elemen dari jahiliyah atau sebaliknya.

Manusia yang masih diprogramkan oleh jahiliyah adalah manusia kuno!

Dunia hanya persinggahan sementara. Perjalanan kita msih panjang. Usah bangga dengan dunia. Esok lusa pasti lenyap tiada.

Andai kita masih dalam lingkungan dosa, belum terlambat untuk kembali pada DIA. Betulkan saff penglihatan, buka pintu hati. Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.
Jangan dibiar hati itu keras.
Jangan dilayan nafsu yang memeras.

Allahualam.

Ueno Laboratory,
Gunma University, Japan.

Tuesday, 22 November 2011

keliru?


Antara alam ini dan alam sana...
Aku sering keliru mengejar impian
Impian di sini, atau impian ke sana
Kadangkala hanyut di buai mimpi,
Indahnya dunia ini,
Terhiburnya meniti hari-hari,
Bermacam aktiviti...
Namun, di kala itu..
Jauh di sudut hati.. aku mengerti..
TUJUAN aku bukan di sini!
Pengakhiran aku bukan setakat hidup ini!
Alam sana... menanti..
Kehidupan yang KEKAL ABADI,
Bekal harus di cari, sementara aku masih di sini..

Sunday, 25 September 2011

oh novel!


Bismillahirahmanirrahim..

Terlalu lama ditinggalkan bersawang. Mungkin tiada yang ingin diluahkan, dicoretkan.Tiada ilham..

Hmm...
Hidup ini, penuh dengan dugaan bukan, bermacam2 dugaan, pelbagai bentuk, dari pelbagai arah. dan ujian itu untuk membersihkan diri manusia yang bergelar hamba Ilahi.
Teringat dulu, saat remaja yang penuh dengan gelak ketawa tanpa mengenal erti kehidupan, aku gemar membaca novel. Novel cintan cintun,hantu seram,thriller, semuanya jadi koleksi. dari situ, bermacam2 jenis ceritera hidup aku selami. Hingga terbawa2 dalam angan2.
Dan satu hari..kini..
Terasa seperti satu cerita dalam novel yang pernah ku baca.
Dugaan, ujian itu..buppp.. menghempap aku yang sedang leka dibuai rindu.
dan ku fikir.. ku fikir..

Allah tidak akan menghantar satu ujian kerana DIA memusuhi hambanya, tapi kerana DIA merindui hambanya..
Mungkin aku terlalu leka dibuai rindu pada sang suami, hingga aku abai tanggungjawabku, hingga aku lupa janji2 ku..

Ya TUHAN,
Biarlah cinta dan rinduku pada dia, terbit kerana dalamnya CINTAKU PADAMU..
Ampunkan kami..
Ya ALLAH..