Saturday, 17 April 2010

lupa

terkadang,kita mudah lupa
lupa pada Pencipta
lupa pada Pemberi
lupa pada Pemilik
.
.
.
.
.
.

tapi DIA
sentiasa ada memerhati
...

Wednesday, 14 April 2010

apa itu cinta


cinta..
dulu ku xkenal cinta
selalu menafikan cinta
sering menidakkan cinta
kerna ku rasa
cinta akan tiba bila masanya
kini ku tahu adanya cinta
cinta tulus tanpa prasangka
cinta suci tanpa titik noda
cinta itu..
memberi aku sinar cahaya
menerangi jalan gelap gelita
membawa harapan setinggi menara
membuai rasa, membunga di jiwa
bila ku cari cinta itu
hati ku tenang
jiwa ku senang
sering airmata berguguran 
demi merayu cinta itu
demi menagih rasa tulus itu
aku bahagia dalam mencari
aku gembira dalam memberi
semuanya kerana cinta

cinta untuk kalian ku hulur
dari kalian jua ingin ku sambut
dalam perjuangan mencari cinta itu
cinta nan satu
tiada beda
tiada setara
hanya cintaNYA..

ku damba cintaMU ya RABB..

Wednesday, 7 April 2010

cahaya

salam alaik..

Masa sentiasa berdetik tanpa menunggu walau sesaat jua. Tanpa sedar,kita ditinggalkan. untuk undur kembali, satu perkara yang mustahil.

Alhamdulillah,masa mengajar erti kedewasaan. Cabaran dalam menempuhi perjalanan hidup demi menyelesaikan hak2 Allah, banyak membantu membina satu kehidupan yang lebih bermakna.

Mungkin ramai lagi yang masih belum sedar, walaupun memahami, erti hidup ini. Di mana harusnya kita berada, ke mana harusnya hala tuju kita, ramai yang sudah mengetahui, namun ramai jua yang masih dalam dunia fantasi yang penuh dalam kejahiliyahan.

Jika dulu, aku jua pernah melalui zaman yang ku rasa zaman gelap, namun kini dengan izinNya ku temui cahaya2 yang mampu menyinari perjalanan hidup ini. Cahaya yang cukup menyentuh hatiku. Dan mereka2 yang membantuku menemukan cahaya itu amat ku sayangi, amat bermakna dalam hidupku.

Walau di mana jua mereka berada, amat ku ingin mereka tahu, bahawa mereka amat ku rindui, amat ku sayangi.
Masa berlalu, menemukan kami, dan masa jua berlalu memisahkan kami. Segalanya telah tertulis. Maha indah aturan Yang Maha Kuasa. Betapa aku amat mensyukuri segalanya..

Ku harap semangat ini tidak akan pudar, walau berjuta dugaan harus ku lalui. Sudah satu ketetapan, dakwah itu penuh dengan ujian. Ujian itu hadir kerana Dia menyayangi hamba2 NYA. Ujian itu datang kerana DIA ingin kita bersamaNYA sentiasa. Dan tidak akan pernah DIA memberi ujian yang bukan dalam kemampuan hamba2NYA.

Dan aku ingin tetap pada rasa ini, apapun yang aku lakukan, aku ingin lakukan kerana DIA. Demi hanya kerana DIA..insyaAllah..

Saturday, 27 March 2010

aku ingin kekuatan

aku ingin kekuatan.
kekuatan seorang daei.
dalam membentuk,membina.
berilah aku kekuatan ya Allah.
kurniakan aku sahabat2 yang sentiasa menyokongku.
aku rindu pada mereka..

Wednesday, 24 March 2010

indahnya rasa itu

Allah menganugerahkan satu rasa pada manusia, rasa yang cukup istimewa.
Kasih sayang.
Saat aku merasai rasa itu,aku rasa cukup bahagia. Cukup berbunga. Aku belajar merindui. aku belajar menyayangi.
Saat kedukaan,aku mengerti apa itu pujukan. aku mampu memberi dan aku mampu menerima. Mungkin tidak sehebat mereka yang hebat, tapi aku tetap ingin memberi.
Allah kurniakan ku rasa nan indah ini. Aku rasa cukup bahagia. Saat dilukai, saat dikecewakan, itu semua cabaran dalam menyayangi. Namun aku bersyukur kerana aku memiliki kasih dan sayang serta aku mampu memberi rasa yang sama, insyaAllah.
Kasing sayang.
Aku sayang mereka.
Insan2 yang sentiasa bersama ku.
Di alam realiti, jua di alam maya berteknologi.
Ku gembira kerna ku mampu menyayangi.
Ku bahagia kerna rasa disayangi.
Ku tak mahu kasih ini dikotori, sayang ini dicemari.
Oleh hal2 duniawi.
Ya Allah, redhailah ukkhuwah antara kami.
Kami bertemu, kami bersatu hanya dengan izinMU dan jua hanya kerana MU.
Dan kami jua akan berpisah, dengan izinMU dan jua hanya kerana MU.


Uhibbuki fillah abadan abada.
Jazakumullahhu khairan kathira.
Ya ukhti..

Monday, 22 March 2010

hanya DIA yang lebih tahu

Kadangkala sukar untuk kita luahkan sesuatu. Sangat ingin meluahkan,namun lidah kelu berbicara. Pabila berbagai2 perkara terjadi, pelbagai ujian, bermacam pengalaman hidup ku tempuhi, terus ku sedar, apa yang hadir ini adalah antara cabang2 tarbiyah dari Dia, Sang Murabbi Teragung.


Mungkin hari ini, aku rasa gembira, mungkin semalam ku rasa kecewa, mungkin saat ini ku terluka dan mungkin hari esok ku tersangat gembira. Apalagi yang ku mahu selain kepelbagaian perasaan ini? Uniknya sang hati, kerana bisa merasai semua perasaan ini. Indahnya hidup ini andai rasa2 ini mampu diterjemahkan sebagai alat2 dalam proses pentarbiyahan hati.


Mungkin saat ini aku rasa akulah manusia paling baik, akulah manusia paling harus dipuji. Sedangkan aku tidak sedar, padahal akulah manusia paling jahat dan paling dibenci. Rasa takbur juga mampu menguasai sang hati bila2 masa. Mampukah kita menerjemahkan rasa itu sebagai alat tarbiyah? Tidak sanggup aku menjadi saudara si iblis, yang pertama2 memperkenalkan rasa dahsyat ini>sombong takbur.


Aku bersyukur Sang Murabbi Teragung memilih aku berada di alam ini. Menempatkan aku bersama mereka yang mampu mendidik sang hati ini. Dan pabila aku tersedar, aku juga ingin mengejutkan mereka yang masih lagi lena ketiduran, tapi kadangkala aku rasa aku tiada kemampuan. Kita tahu apa yang betul, dan kita mengerti apa yang tidak betul. Sang Murabbi telah kurniakan dua pilihan jalan,untuk kita susuri di bumi sementara ini.


Yang manakah yang menjadi pilihan sang hati? Jalan kebaikan atau sebaliknya? Terkadang kita merasakan yang kita sudah menjadi manusia paling baik, memilih jalan yang paling betul, tapi adakah amal perbuatan kita tergolong dalam isi2 di lorong kebaikan itu? atau kadangkala bercampur dengan isi2 yang berada dalam lorong kejahatan?


Selagi kita masih punya masa, izinkan hati kita untuk merasa, benarkan akal fikiran kita untuk menelaah setiap apa jua perasaan kita, setiap apa jua amal perbuatan kita, dan setiap apa jua jalan pilihan kita..


Dan sesungguhnya hanya Sang Murabbi Teragung mengetahui segalanya..

Saturday, 20 March 2010

Jaulah kami 2