Sunday, 31 January 2010

C.I.N.T.A.N.Y.A

Alhamdulillah..

Hari ini ketidakstabilan emosi semakin pulih(walaupun tak boleh nak fokus study lg). Allah jua yang dapat membalas jasa mereka. Sayang kawan2ku~~~:)

Hampir 3jam bergayut denagn seorang sahabat malam tadi, banyak membina diriku. Masih terngiang kata2nya, apa yang kita buat dulu, benda yang sama akan orang yang kita sayang buat. Itulah sunnatullah.

Pintu taubat sentiasa terbuka  untuk hamba2NYA. DIA Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Merangkak kita menuju kepadaNYA,berjalan DIA menghampiri kita, berjalan kita kepadaNYA, berlari DIA menghampiri kita.
Sehasta cinta kita padaNYA, sedepa CINTANYA pada kita..

Teguran dari sahabat2ku, sebenarnya teguran dari NYA.. Betapa DIA menyayangi hamba2NYA..
Sampai bila keegoaan ingin menguasai diri? Itu bukan tiket untuk ke syurga. Semoga runtuhnya ego ini, tapi teguhnya iman ini.

Saturday, 30 January 2010

Aku bukan mereka, mereka bukan aku

Astaghfirullah hal azim...

Hari ini aku banyak berfikir,banyak termenung,memikirkan sesuatu yang tiba2 aku rasa aku perlu fikir(padahal tengah exam.huhuhu). Hari ini aku banyak mencari blog2,membaca blog2 untuk ku cari sesuatu,yang aku ingin cari. Terima kasih paba penulis2 blog yang banyak membantu aku dalam pencarianku.

Apa yang aku cari?

Aku cari sesuatu untuk membantu aku. Semalam, lepas habis berusrah (kat joyful,sambil makan2 lagi.hihi), aku balik rumah dan menangis. Menangis kerana sesuatu. Aku cari teman2 seperjuanganku, untuk ku luahkan. Jazakillah untuk teman2 ku, miss na dan miss ni. Banyak bagi aku kata2 semangat dan dorongan.

Sesuatu. Sesuatu yang buat aku rasa lemah dan takut. Sesuatu yang buat aku rasa teruk. Semalam, aku terfikir, selama ni aku cuba berubah untuk menjadi lebik baik dari hari2 semalam, aku cuba mentarbiyah diriku, juga mereka di sekelilingku. Tapi aku lupa, manusia bermacam perangai. Mereka bukan aku, dan aku bukan mereka. Tapi aku gagal dalam berlapang dada. Aku ingin semua kemahuanku dituruti. Aku tak sedar,semua tu silap. Selagi aku begitu, matlamatku takkan tercapai.

Dan sewaktu pencarianku, ALLAH ketemukan aku pada banyak perkara untuk membantu aku. Dan apabila aku terbaca berkenaan analogi bola besi, teringat kembali pengisian oleh seorang sister dalam satu gathering dahulu. Dan alhamdulillah, aku mulai faham.

Dalam mentarbiyah diri,juga orang lain, paling penting terasnya. Dan teras itu adalah aqidah.
Kemudian diikuti hati,cara memahami barulah luarannya. Aku lupa tentang itu. Baik macamana luaran sekalipun, selagi aqidah tak betul, hipokrit la selama-lamanya..

Ya ALLAH.. bantulah aku dalam perjuangan di jalan ini..
Ya ALLAH.. lapangkanlah dadaku untuk setiap ujian dariMU..
Ya ALLAH.. Hanya KAU matlamat hidupku..

Friday, 29 January 2010

THANK YOU SISTERS


Di saat aku tiba-tiba hilang
Hilang dalam khayalan dunia
KAU utus mereka
Sebagai tanda teguran
KAU gapai kembali tanganku
KAU hulurkan KASIH SAYANGMU
Betapa aku malu
Malu dengan sikapku
Mudah melupakan
Mudah tersasar dari mengingatiMU
Segala nikmat KAU taburkan
Namun mengapa aku dustakan
Tidak
YA TUHAN
Aku ingin mendekatiMU
Aku ingin kembali padaMU

Mengorak langkah demi langkah
Dalam mentarbiyah diri
Dalam menabur kasih dan bakti
Pada mereka yang kuSAYANGI
Pada mereka yang kuCINTAI
AnugerahMU ya TUHAN
Rasa KASIH ini
Biarkah ia terus mekar
Terus mengharum
Hingga kami melangkah ke TAMAN SYURGA MU
YA ALLAH


Thursday, 28 January 2010

C.I..N.T.A





Bismillahirahmanirrahim~~

cinta?apa itu cinta?
Dengan rasa cinta,perasaan takut dan berharap akan sentiasa bersama kita. apabila mencintai, rasa takut kehilangan dan berharap sentiasa ada bersama selalu di hati kan..
cinta sesama manusia, pasti kita semua pernah rasa kan.Cinta keluarga, cinta sahabat,cinta suami,cinta harta benda..

Tapi adakah rasa takut dan berharap,bila kita kata kita cinta ALLAH? Sedangkan cinta Allah itu yang akan kekal berbanding cinta manusia..

Di saat exam sekarang..bagaimana ingin cari ketenangan? dengar lagu? tengok citer korea? masak? Ketahuilah, Allah pernah berfirman, hanya dengan mengingat DIA,hati akan tenteram.

Bila kita rasa jauh dariNYA, kembali la semula, pintu taubatNYA sentiasa terbuka. TAgihlah kasihNYA. Penyesalan di alam kubur tidak akan membawa kita kembali ke dunia,untuk mencari cintaNYA.. Cara mentarbiyah diri banyak, yang penting usaha kita. Sentiasa la mencari, Allah suka pada yang suka mencari. Hati tidak akan terbuka tanpa usaha. Hidayah perlu dicari,perlu ditagih.

Rasulullah saw yang tiada dosa,setiap hari 70kali bertaubat(istighfar), tapi kita?



Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahNYA pada kita yang sedang mencari. Exam ganbarou.tawakal+usaha+doa. Minta pada Allah,tapi jalankan perintahNYA.
Ingat matlamat sebenar,dan alat untuk capai matlamat tu.


Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah [Allah] memperbaikinya dan berdo’alah kepada-Nya dengan rasa takut [tidak akan diterima] dan harapan [akan dikabulkan]. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
(7:56)

orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (13:28)

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (2:186)


Allahualam.

jazakillah tuk cafeoretachi 28/1/2010

Monday, 14 December 2009

Aku ingin mencintaiMU

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu
denganMU ya Rabbi

lirik nasyid Aku ingin mencintaiMU by edcoustic

Saturday, 14 November 2009

Tersedar

Bismillahirahmanirrahim..
salam..

Hari ni alhamdulillah dapat habiskan 1program dgn junior tahun 1. Walaupun 1st time buat kami wat prgrm mcm ni sndr,tp alhmdllah Allah mudahkn kami,lancarkan lidah kami, dan bantu kami. ALhamdulillah..Betul la kan,DIA akan bantu sape2 yang bantu agamaNYA,insyaALLAH..

Hari ini jg aku tersedar yg masih banyak lagu kekurangan aku.Masih byk lagi perubahan yang aku perlu lakukan. HATI>> Hati aku masih lagi keras untuk terima apa yang sepatutnya aku terima. Mungkin dr luar org nmpak baik je,tp sebenarnya,baru aku tahu,aku bkn la sebaik yg orang fikirkan,yg org lihat.

Untuk memahami DEEN ku yang sebenar,bukan saja DEEN aku,tp DEEN utk org lain jg, HATI mesti betul.HATI mesti sedia dan terbuka. Hari ni,bukan saja aku dpt mengajar org,tp diri aku jg byk rs kesannya. ALLAH MASIH SAYANG AKU>>

Selama ni aku jadi orang leka,org lalai, aku sedar sume tu,tp aku sedar bukan kesedaran dari HATI. Mungkin kesedaran hanya pada fikiran je.
YA ALLAH,aku bermohon semoga KAU tetapkan HATI ku,ISTIQAMAH kan aku,semoga aku xlalai lagi pd hari2 mendatang..YA ALLAH>>

Dan sungguh,akan KAMI isi neraka JAHANAM banyak dari golongan jin dan MANUSIA. Mereka memiliki HATI tetapi tidak dipergunakan untuk memahami(ayat2 ALLAH) dan mereka mempunyai mata tapi tidak dipergunakan untuk melihat(tanda2 kekuasaan ALLAH) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat2 ALLAH). Mereka SEPErTI HAIWAN TERNAK,bahkan,lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lengah.
(7:179)

Aku bukan Haiwan ternak,kita bukan haiwan ternak. Kita ada akal,kita ada hati(roh).
Tujuan kita pada yang SATU je,pada DIA yANG MAhA KUaSA.
ALLAHUAKBAR...

Sunday, 1 November 2009

Semakin mancabar

SALAM..

Hemm,memang xde masa nk update.tp xpela..
entah la nk tulis ape.cuma skrg nk byk sgt dugaan rsnye yg dtg.
dengan skrg ni cpt sgt kecik ati,mudah sangat terasa.tup2.aku jugak yg sedih sensorg..
tp aku tau ni ujian utk aku.untk melihat setakat mana aku ni tabah dan serius.
INSYAALAH aku cuba lawan dan jadikan cabarn ini motivasi utk aku..
kawanku pun slalu bg nasihat,slalu bg sokongan kat aku..
terima kasih sangat2..
xlupa pada YANG MENCIPTA..hanya pada DIA jua tempat pergantungan segalanya..