Thursday, 18 March 2010

Jaulah kami

Alhamdulillah.. berakhirnya satu jaulah yang sangat2 bermakna dalam hidupku. bermula dengan izinNya dan berakhir jua dengan izin dan rahmat dariNYA..

Dari bumi sakura kami terbang, singgah di satu bumi yang sangat asing,yang pertama2 mentarbiyah hati kami dalam misi jaulah ini. Di Moscow airport,kami di uji pelbagai ujian,yang banyak menguji kesabaran hinnga terlahir kata2 kasar dari bibirku sendiri.Astaghfirullahal'azim..Jazakillah buat sisters yang kembali membawa diri ke alam pentarbiyahan, menyejukkan kembali hati2 yang sedang membara ketika itu.

Dari tanah Moscow, kami terbang ke kota London. Betapa hati begitu girang pabila kaki dijejak ke kota impian. Namun, bukan itu tujuan pengembaraan.tapi hanya kerana DIA, kami berpergian.
Di London, sungguh kami dikejutkan dengan suatu yang sangat berbeza dari bumi sakura ini. Islam di mana2. Betapa UA bukan lagi sekadar impian yang nampak di atas kertas, bukan lagi angan2 masa depan yang masih jauh, dan bukan lagi perkara mustahil. Islam mampu mencapai UA!!! di London, kami melihat komuniti islam di mana2, pelbagai bangsa, bermacam warna kulit, berlainan bahasa. Tapi keyakinan yang satu. ALLAHUAKBAR!!
Masuk ke kedai souvenier di Bayswater, terdengar alunan ayat2 Quran. Membuka pintu kedai makan. lagi alunan ayat2 Quran, di dinding2 bangunan,terlihat 'contengan2' yang sangat bermakna, Allah dan pesuruhNYA Muhammmad..MasyaALLAH..Subhanallah..
Dari London, kami ke Leeds. Betapa berbeza dengan bumi jepun,daerah kiryu ni. Betapa kehangatan ukkhuwah sangat terasa. Betapa setiap senyuman sisters di sana, sangat ikhlas, demi Ar-Rahman.
Dari Leeds, kami ke Birmingham. Terharu kepada mereka yang sanggup menuggu kami sampai walaupun sudah lewat malam, dan sangggup menyediakan juadah yang sangat sedap:)
Kemudian kami terbang lagi ke Dublin, Ireland. Sungguh, sangat berbeza. Pelukan dari sisters di sana, kehangatan senyuman, layanan yang sangat begitu baik, pertama kali berjumpa, seolah2 sudah lama mengenali. Sungguh suasana pentarbiyahan yang sangat hebat.

Bila kembali ke bumi sakura, betapa aku rindukan suasana islan di sana. Tapi aku sedar, DIA telah tetapkan aku di sini, penyumbang tenaga pada mereka di sini.
Betapa aku merindui ukhti2 jaulah ini. Betapa rasa kasih itu begitu mendalam. Sungguh hebat semangat mereka. Sungguh terkesan dengan kasih sayang mereka.
Mungkin langkah aku baru bermula, kerana lewat untuk menyedari, tujuan aku sebagai manusia. Tapi aku tetap ingin bermula, walau banyak cabaran menanti. aku ingin menyedut semangat2 mereka di UK, di Ireland, dan semangat sisters jepun ku juga. Aku ingin bergerak, aku ingin berbakti dan aku tak mahu menjadi manusia yang rugi.

Sahabat..
Sesungguhnya, kita bertemu dan berpisah keranaNYA..
Betapa aku bersyukur mengenali kalian
Betapa aku bersyukur bersama kalian di medan dakwah ini
Seandainya Al-Khaliq menakdirkan kita mati, biarlah kita mati sebagai syuhada'
Tugas kita sebagai khalifah juga sebagai hambaNYA jangan dilupa
Mungkin futur akan menyinggahi hati2 kita
Jangan layaninya, salinglah kita ingat mengingati
Betapi kalian amat ku rindui..

~jom cari redha ILAHI~

Wednesday, 10 March 2010

Coretan di bumi Dublin

Duhai Pemilik Hati
Terima kasih atas nikmat hari ini
Syukur atas tarbiyah ujian yang Kau hulurkan
Setiap nafas kami
Hanya padaMu direlakan
Sejuta harapan diazamkan
Setinggi tawakal kami panjatkan
Hanya padaMu pemilik hati2 ini.


coretan titipan dari bumi Dublin..

Semoga ukhti2 ku cepat sembuh=)
perjalanan kits masih jauh di hadapan...

Saturday, 6 March 2010

monolog

Dengan Nama Allah...

Langkah demi langkah aku bergerak
Mencari sesuatu yang aku dambakan
Sesuatu yang sukar aku capai
Namun aku tak ingin mengalah
Ingin terus mencuba
Membaiki usia yang semakin layu
Menghiasi hati dengan keindahan iman
Bersama mereka yang ingin bersama
Menyusuri lorong tarbiyah hati
Meniti titian dakwah nan suci
Demi hanya kerana Pemilik hati ini..


Monolog hati dalam sebuah bilik di Leeds bersama mereka.. cik xxx, cik iii, cik hanim,cik Dila, cik wahee, cik silah, cik gungun=)

Monday, 1 March 2010

Nak departure dah

Salam alaik..
Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah.. aku masih dikurniakan nyawa untuk terus berjuang. Tapi sejak kebelakangan ni, aku terasa sangat jauh dariNYA. Seakan2 aku sedang melupakanNYA.
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Mungkin keadaan yang sedang bercuti membuatkan aku alpa. Mungkin hati masih belum teguh dalam memberi keimanan.Mungkin diri tak kuat melawan godaan dunia..
Ya Allah, bawalah aku kembali di jalanMU..
Ya Allah..

InsyaAllah esok jam 1.05 petang, aku akan berlepas ke bumi London. Impian ku sejak sekolah menengah untuk menjejakkan kaki ke London. Tapi kenanpa ye? Entah la.Hohohooo
InsyaAllah, semoga jaulah ke bumi Europe akan lebih mendidik aku, lebih membantu aku dalam proses tarbiyah ini. Semoga setiap langkah setiap detik aku dan ukhti2 ku mendapat rahmat n redha dariNYA. Semoga kami sentiasa di bawah lindunganNYA..

ukhti2 UK n Ireland, wait for us neee=)
rombongan dari bumi sakura, insyaAllah..

Wednesday, 24 February 2010

tiba-tiba jee

salamun alaikk
Hemm..sudag beberapa hari cuti bermula, sudah beberapa hari merdeka dari final exam. Bebarapa hari masa dihabiskan dengan ukhtiku yang datang menziarah aku di sini. Best, tapi banyak aktiviti makan je.Hehe..n tq dear  sebab buatkan chocolate cheese cake n tiramisu untukku=)

Hari ini tiada apa2 aktiviti.

Tiba2 teringat pasal kematian.

Ya Allah, janganla Kau matikan aku di saat aku sedang melakukan dosa, dibawah atau di luar sedar. Janganlah Kau tarik nyawaku disaat aku futur. Janganlah Kau ambil nyawaku di saat imanku menurun..

Agaknya masa kita tengah berseronok, sedang berhappy2 dengan kawan2 sehingga lupa diri kejap, tiba2 masa tu jugak Pemilik nyawa kita ambil nikmat nyawa tu dari kita, macamana la agaknya kita di alam kubur nanti? macamnana la agaknya kita di akhirat nanti?
Masih tersediakah mahligai indah di syurga untuk kita?

Mungkin di waktu kita tengah bergaduh dengan mak atau ayah, dengan mengumpat kawan2, tengah ketawa sampai tak ingat dunia, tengah berdating dengan pakwe, tengah main2 kat disneyland, tengah tengok cerita bukan2, tengah apa2 lagi laa..tiba2 jadi dunia jadi gelap dan bila bangun kembali dah berapa dalam tanah, sendirian. Minta ampun dengan mak ayah belum, mohon maaf dengan kawan2 belum, solat sunat taubat belum, ganti puasa belum, bayar hutang belum, macamana nanti?????

Ya Allah..
Teguhkan iman kami walau di mana kami berada, walau macamana keadaan kami,
keraskanlah hati kami pada perkara mungkar, dan lembutkanlah hati kami pada perkara kebajikan..

Friday, 19 February 2010

Haru yasumi da!

salam..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Akhirnya tamat jugak exam final untuk tahun kedua di Gunma University ni dalam bidang applied biochemistry engineering.
Alhamdulillah.. segala urusan lepas ini adalah urusanNYA, tawakkaltua'lallah..

Lepasni nak buat apa ek? tarikh perlepasan ke UK lambat lagi, hemmm..

Apapun yang kita buat dimana pun kita berada segalanya dalam pengetahuan Al-Khaliq kan:)
So tengah2 cuti ni, jangan la buat perkara2 bukan2.
Jaga diri, jaga hati, jaga iman..
"...Dia mengetahui apa yang di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNYA. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak ada pula sesuatu yang basah atau kering yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Luh Mahfuz)." ( al-An'am,6:59)
Ingatlah Dia sentiasa mengawasi kita, melihat kita. Tiada apa yang berlaku tanpa pengetahunNYA.

Selamt bercuti~~~ 
Yoi haruyasumi ne..



Tuesday, 16 February 2010

Saikin

salam ..

Hari terasa diri kakkoi(macho ke ek,nth la bm nyer ape) sebab lepas exam balik jalan kaki sambil memegang payung dalam yuki(salji). Hihi. Padahal tahun ni macam dah biasa dengan salji, tetiba rasa macam tu pulak. Ukhti2 kat dai(universiti) lain dah puas dah main yuki. Takpe, tak menjadi satu kesalahan pun untuk mempunyai perasan itu. Nak mentadabbur alam kan, sambil bersyukur atas nikmat ditimpa yuki=)
Teringat ayat (24:43) ada kat entry before ni.

Yosh!! 2 more papers to go. Fighttto~~ OH!!!

Semoga kikan(tempoh) exam ni, mengajar something yang baru. Semoga amalan2 waktu exam bukan hanya di kala exam je. Semoga sentiasa istiqamah. InsyaAllah.

Emm,tapi kan saikin(akhir2 ni) otak gungun ni asyik terfikir ke arah kahwin je.HUHUHU. Kenapa la ye?
Ish2..pi main jauh2 semua fikiran2 itu...




Hemm..rasa nak kongsi ayat ni la kali ni.Ayat simple je:)

"Allah tidak akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui."(An-Nisa,4:147)

So, kena la bersyukur=)