Friday 5 February 2010

Khas untuk mu

Tiba2 ada entry baru.hehe:) Esok agak bz so rasa nak post malam ni jugak=)
 Sempena ulangtahun kelahiran adikku, cik mimiey, aku nak ucapkan 
SELAMAT ULANGTAHUN yg ke>>>. 
SANAH HELWAH ya ukhti(^-^)
Dah tua ek? Sama la kita.beza beberapa hari je:) Tapi berapa angka jua usia kita, itu tak menjadi kepentingan dan tak perlu dipersoalkan kan. Yang penting, usia kita tak sia2. 100 tahun sekalipun kita hidup, tapi andai usia kita tak terisi dengan apa2, tak tau matlamat penciptaan kita, tak ada guna jugak kan.
Kita sama2 dah dewasa, insyaAllah sama2 banyak belajar, demi bekalan kita ke 'sana' nanti. Syukur Dia pertemukan kita. Sesungguhnya kasih yang lahir antara kita berempat adalah semata2 keranaNYA. Tak ada kebetulan, semua sudah ditetapkan. Tiap2 hari tengok muka cik mimiey,cik siti,cik intan, semua tu dah tertulis. Kita bergaduh, kita bermasam muka, kita ketawa, kita menangis semua itu nikmat dari Dia untuk kita kan.


"Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal [kematianmu], dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan [untuk berbangkit] yang ada pada sisi-Nya [yang Dia sendirilah mengetahuinya], kemudian kamu masih ragu-ragu [tentang berbangkit itu]". (al-An'am,6:2)

Ini ayat mama su kasi tadi sempena besday mimiey(6/2). Best kan ayat ni?
Sesungguhnya, Sang Pencipta telah ciptakan kita, memberi pinjaman nyawa sehingga mencapai usia sekarang ALhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur ya Allah. Esok2, tahun depan kita tak tau sempat tak sambut besday lagi kan? Semoga kita sama2 tergolong dalam golongan yang sentiasa memohon taubat dariNYA. Kita tak kan sanggup nak hadapi nerakaNYA nanti kan, tapi kita pun tak tahu layakkah kita jejakkan kaki ke syurgaNYA. tapi syurgaNYA lah kita dambakan. redhaNYA yang kita cari kan.

Semoga cik mimiey dan kita semua thabat dalam perjuangan ini. Semoga kita mampu ketawa lagi nanti, di taman-taman syurgaNYA. Dan semoga kita sentiasa ingin mencari cintaNYA. Mungkin kita dapat cinta manusia, tapi itu tak kan sama dengan cinta Sang Pencipta. Dan semoga cinta kita sesama manusia jua adalah semata2 keranaNYA, semata2 kerana ingin redhaNYA..

Semoga cik mimiey sentiasa dalam keberkatanNYA. Sayang kamu~~~

0 comments:

Post a Comment