Tuesday 2 February 2010

Untukmu Teman

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-Araf:34)..


Innalillahiwainnahilahirajiun..
Dari DIA kita datang kepada DIA jua kita kembali...


Andai semalam aku gembira menerima kehadiran salji pertama di sini bagi tahun ini, hari ini airmata mengiringi pemergian seorang sahabat..
Tiada siapa sangka, beliau akan pergi dulu, meniggalkan kami di dunia sementara ini..
Tiada siapa sangka, beliau dulu yang banyak meninggalkan kenangan di sekolah, pergi dulu tanpa menanti kita..


Edah,
Mungkin sudah terlambat untuk lidah meluahkan,
Mungkin sudah terlewat untuk ku katakan,
Bahawa aku menyayangi mu kerana DIA,
Aku mencintaimu kerana DIA,
Persahabatan kita adalah kerana DIA,
Pertemuan kita dalah kerana DIA,
Dan perpisahan kita jua adalah kerana DIA..
Tapi, kau dulu pergi mengadapNYA..
Betapa DIA menyayangimu sahabat..
Ku doakan semoga pertemuan akan kembali terjadi..
Di SYURGA nan ABADI..
InsyaALLAH...


Semoga arwah tenang di sana.. AL-FATIHAH..


Rahedah (SBPI PEKAN 2004-2005) We`ll miss u forever sayang..

2 comments:

Unknown said...

semoga edah tenang di sana.....
amin....

humaira said...

semoga edah ditempatkan di kalangan mereka yang diredhaiNYA..amin..

Post a Comment